img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, May 12, 2012

Semasa pregnant.

1- Tak boleh nak telan maggi. Padahal sangat suka makan maggi kari sebelum pregnant. Hihi. Bila tengok megi je, tekak rasa kembang. Mengada.

2- Tak boleh makan pizza. Padahal boleh dikatakan selang seminggu mesti beli domino's. Pregnant je, terus tekak rasa macam kembang kalau makan pizza. In fact, sebut perkataan domino's, pizza hut, pun dah tekak terasa loya. Tampar nak? ;p

3- Tak boleh minum milo ais (milo + susu). Milo panas boleh, milo O ais boleh. Haha. Milo is my fevret, but tekak is very mengada time tu. Bila dah nak dekat-dekat bersalin, baru tekak boleh terima milo ais.

4- Takde rasa gatal yang sangat-sangat. Aku rasa perut yang gatal tu maybe disebabkan rambut baby dalam perut kot? Macam aku, si kenit tu rambut adalah hidup segan mati takmahu, maybe sebab tulah kot aku kurang berasa gatal sangat. Perut bebas strechmark. ;)

5 - Suka makan ayam/daging. Padahal makan daging buat kepala jadi pening. Hehe. Tapi takpernah mengidam pelik-pelik. Cuma pernah sekali je, nak sangat makan kitkat, tapi takde orang nak belikan. Sampai termenangis. Haha, kitkat je kot? Pui. Yang lain-lain tu, biasa-biasa je.

6 - Awal-awal mengandung lagi kaki dah sakit kalau berjalan. Tapi bila beli sandal nenek-nenek, terus okay je. Hihi. Ibu mengandung memang perlukan sandal yang sesuai. Beli cap Anjing tu, selesa sangat! ;) Walaupun Wan kutuk cakap sandal tu buruk. Haha, benci tau! Hakikatnya sandal tu memang buruk, tapi selesa.

7 - Sampai ke saat-saat terakhir masih mampu pakai seluar jeans. Masih mampu menyembunyikan perut. Haha. Perut aku kecik....... aku tak jangka langsung Ayra akan lahir 3.23kg, aku ingat less than 3kg. Hehe. Lagi pulak doc pun cakap baby aku tuh, paling berat pun akan 3kg je. Oh ye, aku tak pernah ada baju maternity. Huahua. Kesian kan? T_T


8 - Masa 8bulan++ boleh lagi main bowling. Kerja gila kan? Perut pun dah macam bola boling. Masa lagi beberapa hari sebelum edd, masih lagi mampu naik genting. Berjalan-jalan pusing sana. 2hari sebelum edd, jumpa doctor dan dengan berlagaknya cakap, saya tak sakit lagi. And doctor suruh datang hospital masa edd, tapi aku dah plan taknak datang, aku nak tunggu sampai sakit. Last-last pagi edd, ketuban pecah. Haha, aku bukan apa, kalau datang, then kena tahan wad, duduk wad lama-lama, bil pun mahal kan? Huahua! Mana tahu lepastu tetiba kena paksa c-zer, oh taknak taknak. Masa kena seluk for the 1st time, baru bukak 2cm macam tu. And masih mampu bertahan, tapi bila dah buka 4cm, dah masuk labour room, terus jadi macam sawan. HAHAHA. Eh aku rasa aku cool je, Wan je yang cuak lebih. ;D


9 - Orang mengandung tak elok kan keluar malam-malam balik lewat pagi? Haha. Tapi aku tiap-tiap minggu mesti atau dalam erti kata lain wajib akan keluar. Paling awal balik rumah pukul 2 3 pagi macam tu. Kalau duduk terperap je dengan Wan, nanti akan menjadi pergaduhan. Sebab masing-masing boring. Haha. Psiko.

10 - Masa mengandung 9bulan, aku ada merajuk dengan Wan sampai taknak balik rumah. Haha, padahal masa tu dah boleh beranak bila-bila masa je. Tapi tetap poyo nak sentap. Buatnya terberanak time tu? Haha tak dapat ku bayangkan. Mengada nak check in hotel. Dush-dush, lempang karang.

11 - Tak berani nak luruskan kaki, kalau tidur memang takut sangat nak luruskan kaki. Haha, sebab takut cramps. Sakit kot bila cramps. Takut sangat nak mengeliat. Haha! Tapi sekarang tidak lagi ;) And akhir-akhir mengandung, aku rasa tilam semakin mengecik. Aku rasa rimas sangat tidur sebelah Wan. Haha. Aku rasa dia gemuk, so menyebabkan space aku jadi sempit. Haha! Padahal diri sendiri yang kembang, nak salah kan orang (selalu membebel kalau terbangun time tidur) Haha.


12 - Selalu mimpi dimadukan. HAHA. Selalu mimpi Wan ada awek lain. Macam apa ntah. Lagi-lagi bila nak dekat sangat bersalin, lagi macam-macam mimpi pelik keluar. Haha. Setan betul.


13 - Semua celah-celah menjadi hitam. Horror.


Dah. Banyak lagi. Kata 9bulan, haruslah macam-macam peel kan? Tapi penat aku taip.



Kalau aku mengandung lagi (wah berangan nampak?), aku taknak dah buat peel pelik-pelik macam kat atas ni. Haha! And kalau ada peluang untuk bersalin lagi, aku akan buat yang lebih baik, maksud aku meneran dengan betul, and lebih tahan sakit contraction tu. Hihi. Ni tak, time sakit tu, semua doa aku lupa. Teruk kan? Doa nabi yunus tu pun aku tak boleh nak ingat. Nasib baik doktor ada baca selawat semua, aku ikut jela. Tu pun bila contraction datang aku tetap tak mampu nak ikut. Huhu. Insyallah jugak, kalau ada rezeki nak bagi adik kat Ayra, aku tetap pilih nak bersalin dekat private. Sebab aku nak orang teman aku 24jam. Hehe. Alaaaa, ai kan manja...... ;p Biar satu family berkampung dalam bilik aku tuh. Huahua!



Dah pukul 2am, semua pun dah tidur, sunyi........... Mata pun dah rabak jugak ni. Selamat berhujung minggu ;)




1 comment:

amal said...

hehe saya pun x de gatal2 perut and stretchmarks langsung takde. tapi shaheem rambut lebat pulak? hehe..

.