img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, September 30, 2012

Random Ahad.

Kenapa nak kawen awal? Nak elakkan maksiat. Hehe. Aku agak pelik bila tengok kawan-kawan sebaya aku yang macam terdesak gila hari-hari nak update status kat facebook pasal jodoh bla bla. Hey, korang baru duapuluhdua tahun kot, bukannya tigapuluhtiga tahun. Rilekss sudah kan? Takde boipren bukan isu lah.. Haha, menggelabah je aku suruh orang rileks, cuba kena batang hidung sendiri, ntah-ntah meroyan jugak aku. Hihi. Sampai kan ada yang jeles tengok aku ada anak segala, aku tegur dah taknak layan pastu. Terus aku sentap, takde dah aku update status pasal anak, pasal itu ini. Hihi.. Kesudahnya facebook adalah satu medium untuk aku mengstalker orang je.. kahkahkah.. kang up status ada lak yang sinis kengkonon aku sengaja nak bajet sweet sweet gitu. Puih! Dah ai memang sweet nak buat camne....... ;)) Huahua!


Haha, nak cerita siang tadi aku g kenduri kawen je sebenarnya.. tapi panjang lak mukadimah. Hehe! Tak ramai member-member sekolah aku yang dah nikah.. Kawen tu ramai lah.. Huahua.. :P So bila ada kenduri, aku memang takkan miss pergi.. ehe! Yang kawen tadi tu.. pasni dia lagi sedih.. suami kat malaysia.. dia lak study kat mesir.. huhu.. takpelah, bukan tinggal sesuka kan, belajar.. fardhu kifayah. Haha tetiba terselit agama gitu.. ;) 


Pastu kan, pas g kenduri kawen, boleh lak pergi pameran pengantun kat pwtc. Haha.. Menggelabah je g rembat segala pamplet semua.. Kuikui.. Tengok-tengok design kad kawen.. Macam-macam kan sekarang ni? Try muffin la apa lah.. Haha.. Takde kerja. Sekejap je kat situ, round satu pusingan, then cau.. tak sampai setengah jam pun rasanya.. Hahahaha.. Eksited tengok orang nak kawen kan.. ;)) Seronokknya.. hihihi gelak gatal. 


Next, macam biasa.. bila deting berdua ni.. tengok movie jela kerja kitorg.. Haha! Dari dulu lagi nak tengok cite Bait.. cite jerung tu.. macam best. Bila dah tengok, okay la.. Wan over tau, nak marathon sambung tengok cite Untuk Tiga Hari.. Hish cannot, nanti balik malam-malam.. tak elok la.. kita ni ada anak kecik.. kang ada benda mengikut.. tetiba tersampuk kat budak kecik tu.. Okay khurafat. :-P 



Yang aku ni lak, ntah mengidam ke apa taktau la.. dah seminggu teringin nak makan soto.. Haha.. Kat tanjung malim macam takde je soto kan.. ngada nak balik kl jugak.. hehe. Nasib baikla dapat lelaki kacak yang baik hati ikut je kemahuan aku.. Haha, ni Wan baca kembang lak hidung dia.... :3 Nak jugak carik soto.. Last-last teringat ada member dia meniaga kat pasar malam. Call-call member tu dah nak tutup kedai.. Tapi katanya ada la lagi.. over kirim sampai dua.. Bila amek.. sampai rumah.. tengok bukan soto........ Aku nak soto yang ada nasi impit tu.. yang member Wan bagi tu.. mee sup dengan kueytiow sup.. ke mee soto dengan kueytiow soto.. Arghh stress acik! Makan dengan sendu.. ;'( Haha! Over, padahal habis licin gak... kikiki.. Takpelah, nextime la pulak.. kang aku cakap kat Wan nak soto nasi impit jugak.. pakcik tu bukan leh caya.. dia akan carik jugak, pastu tak dapat dia akan stress sendiri. Hewhew.. Ceh kengkonon, last-last dia cakap.. g la buat sendiri.. Ekekeke.. Takdela, seriusly Wan punya peel, kalau aku cakap nak itu nak ini.. dia akan sedaya upaya usahakan.. kalau tetiba aku rasa macam benda tu susah je, aku cakap takyala.. takpela.. haaa benda tu memang akan buat dia stress.. Dia cam tak suka kalau apa aku nak tak dapat. Eh kalau aku nak SUV seketul, agaknya dia akan usahakan tak?? Haha! Over sangat, mahu dia buat zzzzzzzzzzz je. ;-P 


Okbai.




1 comment:

Unknown said...

ada ke kueytiaw soto?sedap tak?nak try skit...hehe

.