img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, December 27, 2012

Kek coklat kukus.

Sempena besday anak, mak  buat kek coklat kukus. Ala kek sonang-sonang je. Dahla tak cukup bahan, kita hantam.. janji jadi.  Campak serbuk koko, susu, gula, minyak masak, tepung gandum, baking powder, telur, bla bla.. Dahla dengan malas nak keluarkan electric whisk, sebab malas nak cuci banyak bekas.. kah kah kah.. so jadinya kita pukul-pukul kacau-kacau godek dengan tangan aje la.. :P


Ingat nak try multicooker ke apa ntah nama menatang tu.. yang dah hampir setahun beli, tapi elok je lagi dalam kotak, apa ntah motif beli sampai rm600, gila kan. Kalau rm60 tu boleh la pejam mata lagi. Haha.. Tapi tetiba rasa macam., arggghhh takpela kita kukus jela guna pengukus old skol tu dulu, nanti jela try bakar bakar ke apa dalam tu. Lagipun cam sayang lah nak keluarkan dari kotak, kan beli untuk jadikan pameran aje.. wahaha.


Ohye, sekarang ni merata kan orang sebut durian crepe. Dulu memula yang aku tahu ada jual benda alah ni kat sweetchat, tapi tak panggil durian crepe, panggil durian pancake.. tapi disebabkan aku tak makan durian, maka, takde rasa apa-apaun.. haha.. booo~ kesian aku tak reti makan durian, dulu lagi teruk bau pun tak boleh, sekarang ni bau okay la, nama nak makan err takpela.. orang cakap, aku dah terlepas satu nikmat dunia kalau tak reti makan durian ni.. eh bukan durian saje, memang banyak lagi buah tempatan cam manggis, langsat, betik, bla bla.. aku tak makan.. kau ni dah kenapa? menggelabah je tak makan. kah kah kah.. diamlah kau! :P


Eh melalut pulak..


Sebenarnya taktahu nak cerita apa. Ada orang tu dah merampas laptop kesayangan daku.. dahla dalam tu semua notes slide bla bla disimpan, bencik betul. So sekarang cuba cakap mcm mana nak study kalau laptop tu dah disita? -_______- 


Oh rupa kek? Macam sakai, muahaha.. takdela sakai sangat, boleh la.. rasa pun boleh la.. takde la sampai ke tahap tong sampah.. ingat nak buat toping coklat ganache, tapi whip cream takde, so kek bogel jela.. hehe.. gambar..... kang kalau letak ramai lak yang nak order, camne? mak tak mampu nak amek order orang ni, buatnya ibu mengandung yang terliur, lagi lah acane? kah kah kah.. kbai.





.