img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, October 10, 2014

Selipar.

Minggu ni sekejap je dah jumaat. Malam ni running man. Eh. 


Kan aku kengkonon nak beli sandal. Ala selipar buat jalan pergi kedai runcit, pergi pasar malam, kira selipar nak lenjan.  Takkan pergi pasar malam pun nak kena pakai selipar leather..sebelum ni aku belasah je pakai satu sandal tu, tapi sbb dah lama, dah rosak dah pun.. tapi semalam aku tengok harga sandal tu rm299. Harga taknak turun ke hape?


Sebenarnya takdela beria pun. Takde asyik cakap pun. Aku pun macam arghh malas la. Kita pakai jela selipar yang beli tahun 2009 tapi tak pernah pakai2 pun tu. Ye, tahun 2009. Lama dah. Tapi sebab tak pakai, elok je lagi.


Bila aku dah lupa, Wan pulak yang mengingatkan. Bila nak carik sandal? Eh?? Dah dia tanya, mesti la dia nak belanja kan. Aku pernah terbaca kat mana tah, kalau suami ajak or nak belikan apa-apa.. kita jangan balas.. 'eh takpela, bazir duit bla bla..' JANGAN. Bila suami tu tanya, maksudnya, dia adala duit tu.. and kita iyekan aje, and cepat2 bersiap. Gitu.. Tapi suami aku tak pernah lagi tanya.. 'nak henbeg chanel tak? hahahah. Takpe, paham. Belum taraf2 lagi.


So, ke mid la kita. Clarks ada sales. Renovation sales.  Takdela murah sangat-sangat, harga clarks la.. tapi ada disc 10-20% camtu.. Wan dah belek2 satu flat shoes tu, warna kuning.. dah suruh aku test pulak.. memang best lah.. tapi masalahnya, aku taknak flattttt shoes dahhhhh.. lagipun aku mana pergi kelas sekarang ni.. nanti2 jela..  aku nak carik sandal getah yang kalau balik kampung boleh lenjan masuk sawah kena kotor takde la rasa menangis ke hape.. boleh basuh2 dengan air ilek je.. Kat clarks takde, tu semua stok kasut jalan2.. nak melawa.


Kalau nak getah2, kat crocs lah kan? Aku tak minat crocs.  Ke jelly bunny? Tapi tak terfikir pun pasal jelly bunny semalam. Tapi jelly bunny pun kasut gegirl nak melawa.. taknak la.. aku nak selipar. Quiksilver/roxy pun tutup semalam. Dulu pakai selipar jepun roxy, okayla.. aku pakai okay boleh bertahan lama.. Wan je tak boleh, dia pakai sekejap je dah jahanam. Hahaha.. 


Pernah nampak kat hush puppies ada jual selipar getah. Okay, kita carik. Ada. & 30% untuk member. Walaupun selipar ni design 3tahun lepas.. hahaha.. belasah. Wan pun sibuk la nak jugak selipar baru. Kebetulan semalam tu pakai pump shoes puma tu, kaki aku nak melecet la pulak... kasut puma tu okay, cuma kena pakai stokin la, sebab dia baru2 lagi kan, ketat la sikit.. So lepas beli, kita terus ajela pakai. Jakun sangat. 


Untuk ayra. Takde selipar baru. Pakai je apa yang ada. Boley kan?


Oh, kitorang masih belum mampu la nak pakai barang branded2. 
Belum tahap A|X, Burbery, jenama pelik2 (padahal kat obersea tak pelik pun, aku je yang pelik sebab biasalah tak mampu khenn) apa semua tu... belum lagi.
Kiranya kitorang masih di tahap nsk-mydin jela lagi.
Tapi aku happy je.
Kang kalau kaya sangat, aku jadi sombong bongkak dan takbur pulak. Huahua..


Dia ingat stylo pakai spec camtu? Dah la pagi tadi nak g kedai, dia sibuk nak pakai spec dia ni.. kakakakaka..

Ad ayang cantik sikit, tapi sebab nak murah.. kita amek jela yang ni. Hahahaha.. ni pun okay la.. bebudak.. apa tau.

ayra keluar dari sini, dia boleh menjerit??? perangaiii. hahaha..

Okayla, nak lipat kain.
Pastu tidur, kalau boleh tidur.
Ayra dah selamat dah tidur pukul 2 tadi.
Tidur sambil pakai spec. Mampu??
Anak siapa la ni.. hahaha..

.