img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, September 27, 2015

Raya Haji.

Raya haji yg suram.
Hari rabu wan dah cuti dah.
Mlm kitorang bawak adyra checkup-cucuk 2bulan. Alhamdulilah dia tak demam ke apa lepastu.
Aku mengalami sakit kepala yang terlampau. Tak pernah pernah aku balik dari berjalan tak tukar baju terus tidur. Serius kepala berattttt gila. Tertidur dengan seluar jeans, anak2 pun lantak situ, aku tak larat. Nasib baik jugak anak2 behave.



Pagi raya kitorang kat rumah je.
Takde de hidangan raya ke apa.
Bergelimpangan tidur camtu.
Apatah lagi nak pakai baju raya, memang takde.
Teruk sangat.


Petang baru balik kg aku.
Adik beradik mak aku buat korban, dorang 7orang share2 duit beli lembu.
So ada kenduri la sikit. Tapi buat hari jumaat.


Hari jumaat tu lagi teruk.
Ada buat tahlil etc.
Aku mmg tak laratttt.
Aku dok atas je. Sikit pun taktolong, tak tengok.
Adyra tu pun kejap kejap makcik2/cousin aku gilir gilir amek.
Aku tidur je kat atas. 
Sedar sedar kenduri dah setel. Lembu dah sembelih. So mmg tkde la gambar ye.
Tahu2 yang lelaki sibuk nak siap2 pergi sembahyang jumaat.
Makcik2 aku lak, kejap kejap dtg kat aku suruh makan makan. Nak makan apanya, takde selera.
Ohye, ayra mmg dah hilang. Dia ramai kawan. Cuma adagak la dia tengok aku, intai2 takut ibu dia hilang. Intai pastu sambung main, camtu jela.


Ptg sikit, baru la kepala rasa okay.
Dapatla makan sikit.
Pastu malam lepas maghrib ada buat birthday untuk bulan september. Saje suka2.. Adala kejap aku join, pastu tak larat. Naik atas, baring. Ayra pun join. Taklama pastu dedua anak tidur.
Mak aku lak tetiba naik ckp nk tidur rumah nenek belah ayah.
Aduii. 
So berangkut la anak2 yang tidur tu.
Tapi tak jauh pun, 15minit perjalan je.

Twngok, adyra pun paklang aku yg pegang.

Ayra lak menenpek dengan adik aku.

Dua bijik kek, setel tak sampai 10minit. Hahaha.. Ramai kan. Rumah nenek aku kecik, tapi orang nya berpuluh2.. Nak tidur pun mmg bersempit2.. Takleh nak kuak lentang sesuka hati, takde ruang. Tapi itula yang seronok. Orang kaya kaya takkan rasa feel tu, akan rasa tak selesa. Tp kitorang okay je. Boleh bergurau huhahuha.



Hari sabtu, pukul 10baru bangun. Selagi anak2 tak bangun, mmg aku baring je.
Tak larat. Dah bangun tu siap2 nak balik selayang.
Tapi sebelum balik tu singgah jap rumah ank buah ayah aku.
Aku dah okay sikit masa ni.



Tapi,
Malamnya, tetiba sakit perut.
Cirit birit ko. Menyembur. Hahaha.. Ntah berapa kali ulang alik pergi bilik air.
Dengan badan rasa sejukkkkkk. Pastu muntah muntah..
Membawak sampai ke hari ahad.
So, disebabkan itu, ayra kita pos ikut mak aku jela hantar adik aku balik poli. 
Aku tak larat nak handle dedua. Dengan kepala sakit, perut tak sedap.


Alhamdulilah, masa menaip ni.. Cirit birit takde dah. Tapi perut still rasa tak best. Kepala pun dah okay, takdela beratttt sangat. Semoga aku cepat sihat. Jerebu kot? Ke banyak memikir, tu yang sampai sakit. Tahla...


Semoga aku kuat.
Semoga aku sabar.
Untuk hari mendatang demi anak anak.
Dahla anak2 patern mak kau hijau pun, tetap nak ibu dorang. Sabarrrrrr jela.
Kalau tak sabar kita nangis. 





No comments:

.