img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, October 6, 2015

Bbq.

Hari sabtu ada bbq kat rumah paklong aku. Kat hulu langat.
So, jomla. Aku memula malas. Takde mood. Hahaha.. Tapi memikirkan nenek aku ada kat kl, so yeah jomla. Berkumpul la semua adik beradik mak aku, kecuali family paklang aku. Pastu adik2 aku dua orang tu tak balik. Ha, dengan pakcik aku yang dok cheras.. Dia pergi sarawak. Tapi anak bini dia ada. Meriah la. Macam raya.


Siapkan sikenit ni dulu.
Dah siap dia. Siapkan kakak pulak.
Pastu barula diri sendiri.
Belum keluar rumah dah peluh ketiak. Hihi..
Baru dua kot? Hmm. Buat masa sekarang aku masih berpegang kepada taknak tambah anak dah, biarlah takde anak lelaki pun, cukupla dua orang. Hahaha! Huru hara. 



Dah keluar rumah baru perasan omg jerebu gilaaaaa!
Padahal hari jumaat tu ada je aku bawak bebudak ni pergi selayang mall sbb teringin nak makan cake. Takde pulak seteruk hari sabtu tu. Huhuhu..

Adik ni suka sangat masuk jari. Berliur liur. Ayra dulu rasanya takde. Hmm. Ayra kalau adik dia masuk jari dalam mulut, dia mesti sibuk "ibu adik haus, adik nak susu".. Hahaha... Maybe jerebu ke apa, sepanjang perjalanan adik taknak tidur. Phewww menguji kesabaran sungguh. Mak kau ni baru nak rilek rilek makan kopok. Kikiki..


Kesudahnya, dah sampai traffic light kat rumah paklong aku baru dia nak tidur. Maka, marilah ayra selpie dengan ibu. Muehehehe... Ibu dan mata panda. Arghhhhhhh!

Nasib baik dah sampai tu kita angkat pun adik still tidur lagi. Lega sikit. Boleh la ibu dia bergolek golek betulkan urat. Masa sampai ni adikberadik mak aku yang lain belum sampai.


Selpie lagiiiii.


Cantik tak lipstik kita? Kikiki. Masa jumaat tula, ada pulak sales kat watson. Pastu guardian pun buat sales lipstik semurah rm9 sebatang. Muahaha.. rm9 tu brand in2it, sebab murah aku rembat je. Yang tu belum pakai, takkan kat rumah nak berlipstik dah kenapa. Yang aku pakai ni maybeline matte.. Mat07. Warna nude kan. Sukeeeeeee. Hihihi. Murah! Nanti nak carik warna merahhh pulok :p tapi kalau tak sales pun rasanya harga tak sampai rm30 pun. Maybeline je pun, bukan mac.


Ada gambar kek je? Haha.. Aku lupa nak amek gambar foods yang lain. Plus masa orang sibuk2 membakar, adyra tidur. So aku pun bergolek sebelah dia je. Muahaha... Kek ni laki aku beli. Sempena besday ucu aku yang ke 34. Suka sangat beli coklat indulgence, aku macam dah muaks. Lain kali beli red velvet eh? Huahua..


Ayra masih tak muak. Suka dia makan kek. Hihi..


Adik dah tukar uniform. Kakak je belum. Berpeluh ya ampunnnn kalau boleh diperah, sebaldi ada kot peluh. Suka la main ramai kawan kan. Kawan tu dah pangkat pakcikmakcik.. Haha... 


Dalam 11lebey kitorang balik selayang.
Mandikan ayra dulu siap2.
Makayah aku tidur rumah paklong aku tu. Tapi aku malas. Hahaha. Leceh r tidur rumah orang. Ohye, rumah paklong aku tu dah tak panas.. Kikiki..
Sampai rumah, kemas kemas barang, tidur.


Ahad konon nak ikut mak aku pergi kenduri kat perangsang.
Tapi memikirkan jerebu, kesian pulak adyra. Bertapa jela kat rumah.
Ayra je ikut. Tu pun memula dia nangis. Dia nak aku ikut sekali. Aduii. Last2 balik rumah mak aku upah towel frozen. Suka la dia dapat towel gambar frozen, dah lama dia mintak. Tapi aku tak tersingah singgah nak beli. Asal masuk simpang rumah mata dia melilau je tengok kedai tu, ada gantung2 towel frozen. Hehe. Kesudahnya dia paw mak aku pulak. 


.