img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, February 11, 2016

Ola Bola.

Ayra suka sangat naik train.
Kalau boleh hari hari nak naik train. Dah kenapa?
Hahahhaaha..

Tapi okay je sebenarnya.
Sebab rumah aku dengan ktm batu caves tu lebey kurang 10minit je pun.


Dan disebabkan dia selalu tengok tv. Tu yang dia ajak, jomla ibu tengok cite ball.
Aku malas sebenarnya. Tapi selalu kalah dengan anak.


So, ke mid la kita naik train. Tu yang paling senang. Takyah turun turun.
Nak g kl sentral. Tapi sehari sebelum tu kan kes budak kaki putus kat escalator, seram pulak mak. Hihi.


Sampai sampai mid.
Ya ampun ramainya manusia. Mid memang sentiasa ramai. Dahla tiket tak beli.
Nak beratur pun panjang. Tapi beratur gak la. Haha. Ola Bola memang sold out. Konon nak tengok cite lain. Tapi macam taktahu cite apa. Tu yang takpe, kita beratur je nanti baru fikir. Sambil sambil tu tengok kat tempat lain, mana lagi yang macam agak agak takde orang.


kakak seronok naik train


Memula nak pergi brem mall. Situ konfirm memang takde orang.
Tapi kan ke kita naik train tadi. Bukan naik kereta?
Macam mana nak ke brem mall pulak.


Last-last turun kat putra. Kita g sunway putra.
First time pergi situ. Yoahan kan. Zaman mak aku muda, lepak situ la dulu dulu. 
Besar gak. Macam best gak situ. Tapi motif utama nak tengok movie, so takdela berjalan sangat. Nak jalan pun takut sesat, masih tak familiar. Hehee.

duduk duduk jap tunggu movie start

terjumpa minion pulak

ibu pun sibuk nak bergambar ha ha ha

Best ke ola bola? Boleh la. Takdela best gila gila gilaa. Tapi takla cite sampah mcm biasa tu. Ada sedih. Ada bangga. Walaupun pelakon tak popular, tapi tak kayu. Pastu cinematografi cantik. Pergh aku sebut word cinematografi. Hahahaha.. Macam bijak pulak sebut ayat camtu. Pastu watak cai tu, kelakar. Aku tengok dia pun dah ketawa. Hihi.

4ha untuk cite ni










1 comment:

Yana MIB said...

teringin gak nk tgk ola bola..ramaiiiii review besttt..aduii bila tah dpt g wayg lg ni..huhu

.