img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, March 17, 2016

Lipliner Essence.


Jenuh aku keluar masuk watsons.
Semata mencari lipliner.
Gigih kan? Last last jumpa kat watsons times square. 


Lipliner apa.
Ni haa, essence. Kawan aku cakap best. Barang barang essence murah tapi not bad.
Alaaa janganla gelak, kitorang kan student.. Mana mampu pakai barang beli kat kaunter. Hihi.


Lipliner ni murah je.. Rm8.90
Serius, 8.90 sahaja.
Tapi masa haritu, tinggal dua warna je ada. Yang lain semua tinggal tester. Maka nya aku tanpa berpk panjang terus jela grab dua dua tu. Hahaha.. Ala bukan lipstic mac pun nak kena berpk 40x nak beli ke tidak :p


Aku dah pakai lama gak la.. Ada 3minggu dah kot? Masih bertahan. Aku pakai tak tebal pun.. Kuantiti pun ala ciput je ha.. Dia mcm eyeliner la kan bentuk dia.. Nama pun lipliner, aku je yang telah menginovasikan jadi lipstik. Hahahaha! Ala, sukahatilaaa.. :p



Yang ni aku pakai kod 06, a girls dream. Aku suka, sebab aku kan tak mekap2.. So muka pucat je, pakai je warna ni ada la seri sikit kot? Ke sama je. Hahaha.. Ala, baru nak pewasan. Kasi can la..

Yang ni lak 04, peach beauty. Dia macam suwit suwit la. Tapi aku lagi suka yang atas tu. Oh tudung tu main belit je. Sebab kita malas nak pin pin. Tu memang pinless. Kena angin terbang terus. Hahaha! Tak boleh nak feeling hijabista. 


Jangan ingat aku takde kerja sangat tukar tukar lipstik, yang 1st tu sebelum solat, yang 2nd ialah selepas.  Nanti nak try eyeliner yang jenis kajal tu pulak. Tu pun orang cakap murah dan best. Tapi bila nak ke times square lagi.. Tu taktahu, hari jumaat je panjang langkah.. Lunch hour lama kan. Esok #kemanakekita?


No comments:

.