img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, July 17, 2011

Tiny Dot

Dah tak private. Haha, lama tak menaip kat sini sebab aku sibuk. Sibuk menambah pengetahuan, sibuk sibuk sibuk dan sibuk. Sibuk busy body, sibuk jadi stalker. Ahh senang cakap, memang teramat sibuk.

Lesen L dah dapat, lesen P tak sempat nak buat, tunggu lepas puasa lah, tak kose aku nak belajar memandu time2 puasa. Dah dgn pregnant bagai. Sebut pasal pregnant, now dah masuk 3bulan bape minggu eh? Lupa lak aku tiny dot ni. Hikhikhik. Kira trimester first dah settle, masuk trimester kedua lak. Mencabarr kau.

Dulu aku setakat muntah mual jela.. Now, rasa nak muntah tu anytime je boleh. Sedang bersukaria bergembira tibatiba bergenang airmata menahan uwekkkk. Haha Wan kalau nampak memang dah siap2 alihkan diri. Siottttt. Pembuat onar melarikan diri. Aceee kalau boleh dia lak merasa semua2 ni. Plus kepala asyik sakit je sekarang. Nak makan panadol, memang takut laah kan.. Aku rasa sebab aku menghadap lappy lama-lama.. Tu yang kepala sakit. Ntah. Tapi bukan sakit lah sebenarnya, berdenyut-denyut. Ngeriii tahu tak kepala aku ni, aku rasa nak cabutt rambut satu-satu. Baru best kot -___-"


Perut aku still macam biasa, unless kalau ditengok betul2 memang nampak laa buncitnya. Alah sebelum ni pun buncit gak kann. Hahaha. Cuma nak pakai ketat2 ni buruk lak pulak bila perut dah besar, so kena pakai loose2 je. Hihihi. Tapi best nya time pregnant ni, tetek jadi besarrrrrr. Haha tapi besar sebab bengkak, sakit T__T. So far takde mengidam benda pelik-pelik lah, harap2 sampai ke hujung nanti takde la tiba2 nak makan daging rusa ke, kijang ke, jenuh lak laki aku nak kena berburu -___-"


Yang aku tak suka sekarang ni adalah, muka aku jadi teruk. Kulit jadi kering, buruk ya amat. T__T Taktahu nak buat apa, hormon kot. Lantaklahhh. And aku rasa sekarang aku adalah susah nak bernafas, nafas macam tercungap-cungap. Macam semput je gitu. Penat tu takyah cite ah, goyang kaki sesaje pun aku boleh penat. Huhuhuh. Dahla kaki asyik cramp, sejuk2. So scary.

No comments:

.