img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, August 19, 2016

Jalan jalan n9.

Daytrip ke nogori sembilan.
Haha. Nak jugakk dia sebut daytrip.
Kehkeh. Macamkan jauh bebenor. Padahal dekat je kot. Orang kerja kl pun ramai dok kat nilai seremban sendayan apa semua tu kan. Rumah kat kl kan harga mengarut. Kalau taknak mengarut kau beli rumah kat area rawang sana.. insyaAllah masih boleh diterima akal. Walaupun mahal tu mestila kan.. hihi. Macam ucu aku baru beli semi d, murah gilaaaa. Tapi bila tanya kat mana. Kat kerlinggg. Kau mampu nak ulang alik kl-kerling hari hari? Tak kan. Haha. Beli as asset boleh la. Utk tambah tambah rumah ke2 ke3 ke4. Nak tambah tengah town tak mampu. So kita beli tengah hutan. Gitu.

See. Merepek pasal rumah pulak. Haha. Okay sambung cite,

Gerak dari rumah doblas lebih kot.
Singgah bangi jap. Then teruskan ke seremban. Hihi. Tapau 3ketul donut kat warta. Makan 3beranak dengan bahagia. 

Adik muka pasrah. Dia tak perasan tu ada skarf kakak.

Sampai palm mall pukul berapaaaa ntah. Ala lupa! Tapi belum lunch la yang pasti.. 

Palm mall dah ada macam macam kan sekarang? Hihi. Kalau nak banding dulu.. mcm krik krik je. Sekarang meriah gakla kedai dalam tu. 

Ni 1st time kot Adyra g sini? Pun tak ingat. Rasanya tak pernah sampai lagi. 

Si cheeky

Kakak yang tak macam umur 4tahun. Besar dah Ayra.

Adik dan aktiviti mengemas dimana mana.

Kita singgah lukut pulak lepas tu. Kat lukut ni yang ada 3d art museum tu kan. Dekat je dengan giant kan. Sebelum tu singgah lunch kat area sendayan. 

Lepak jap si kenit ni tidur.. kasi cas tenaga

Camni ha ibu korang selfiee

Adik nampak besarr dah..

Ibu pun nak main jugakk..

Kakak teringin nak mandi laut. So ayuhla kita ke potdiksyen. Tapi dapat main2 air jela. Ibu tak bawak baju ibu nak teman awak mandi. And adik pun geli geli dengan pasar. Haha. Anak aku geli maksudnya anak aku sihatt.. :p sensory dia berfungsi. Hihi.

:)

Adik ibu & kakak

Cantik kan? Rasa macam tenang jee.. padahal hoi berlengas masa ni. 

Ayra, adyra... & adam. Eh? Hahaha. 

Sampai kl pukul 9lebih. Singgah makan kat batu kentomen. Anak anak dah meragam masa ni. Yang si Ayra ngantuk. Suruh makan cepat cepat. Yang si adik pun sama. Takmo duduk. Nak berdukung. Ecewah? Awak ingat awak 3kg lagi ke dik? Tapi makan tetap makan. Hahahaha. Takde nya anak meragam terus selera mati.:p ohyeee  berat aku sekarang 53kg. Mihmih.. lagi 5kggggg to go. Barula boleh jadi melidi. Sexy. Kahkah! 

Dah pukul 1. Hari ni dah masuk jumaat. Seriusss cepatnya masa? I wish masa utk setelkan semua benda pun cepat. Tapi ni dgn lawyer apa semua. Massaaaaaaaaa dan prosedur yang melecehkan. Harap2 berbaloi la pengakhiran semua ni. Dah setel kita boleh pungpang cite kat belog. Kikiki. #joyahsukagosip




Wednesday, August 17, 2016

SabtuAhad.

Hari sabtu baru baru ni ada buat bbq kat rumah paklong aku. Kat hulu langat. 
Dahla sebenarnya hari sabtu tu kawan aku ajak daytrip g cameron dalam misi mencari durian. Dah mcm berbelah bahagi pulak perasaan ni. Haha. Tapi family first kan? Lagipulak aku bukan la makan durian. Hehe. Tapi nak berjalannnnnnn jalannnnn jalannn. Hahaha.

Masa jumaat tu masak sardin. Sebab dah lama tak makan. Sekali sekali layan kan. Pastu tak habis. Esoknya kita buat sandwich sardine je la as breakfast. Kenyang alhamdulilah. Anak2 makan nasi goreng. :) hoi ni esok mcm teringin nak makan sandwich telur lak.. tengok kt fb kan siang tadi kak azlina share resepi. Bahahaha!


Konsep nya adalah potluck. Seperti yang diketahui aku tak pandai masak. So aku order cheesetart ajela. Aci dak? Hahaha. 

Bluebery chistart. Sedap. Nanti boleh repeat order.

Cas tenaga dulu..  ayra tanya, ibu nak kemana bawak beg cmtu.. ibu nak hiking la kak. Kahhkah! 

Anak beranak. Ibu pakai lipstik mcm tak pakai je. Kaler nude. Cantik tak? :p

Pastu pergi rumah mak aku. Mak aku suruh makan bihun sup. Haha. Ayah aku beli lebih. So makan jelaa dulu. 

Bihun sup pemes di selayang.
Disebabkan pakai lipstik warba nude mcm pucat je. Kita tukar kaler pink pulak. Bahaha. Macam la orang kisah kau pakai kaler apa pun nurulll. #perasancantik #cantikje #akumemangcantik 

Gerak dari selayang pukul 3lebih. Dekat je pun hulu langat. Sebelum asar dah sampai. Jalan pun tak jem. Rilek rilek je. Anak anak dalam kete tido. Aman damai sungguh rasanya. 


Merah semuanyaaa. 

Tu tangan nak peace tu. Hihi. Ibu macam acik2 je tdung camtu. Haha. Knp datin juma pakai cmtu nampak gojes jeeeee. Ibu pakai mcm makcik jual karipap umur 60tahun. :(

Main longkanggg

Adyra dan atokcu

Muka nakall

Kazen aku siap bawak si kenit ni g playground. Dia mana nak takut org. Mengikut je. Bahananya, balik bawak bintat nyamuk. Dikkk, kulit awak tu dahla sensitip.. nyamuk gigit dh mcm apa jeee.


Malam tu kita solat jemaah sama sama. Pastu ada tahlil sikit. 

Sikenit tunggu masa utk menyerang

Tangkap dia kita selfie dulu dik. Kakak dh hilang dengan pakcikmakcik

Dalam 9lebih. Budak kenit dah ngantok. Kita tidurkan dia dgn niat ibu blh makan macam bela jin. Kikiki. Tapi bila anak dah tidur,  dengan aku aku sekali mata macam kena gam ngantok nya lahaii.

Gempa bumi pun tk bangun ni. Tidur kat tengah2 ruang. 
Foods memang banyak gile.
Takdan nak snap.
Ada meebandung.
Bihun sup.
Bakso.
Nasi minyak
Buah2
Kuih2.
Eh banyakla. Aku bz dgn adyra yang sibuk mengemas tu pasal tak sempat nak amek pic. Tahu2 semua makanan setel. Hahaha..




Penat gila malam tu. Kitorg tidur rumah paklong aku ni. Memang tidur tak sedar diri ah dia punya tahap exhausted. Haha. Aku tersedar tengok Adyra dah kat hujung kaki. Hahaha. Ganaih ah anak dara sorang ni. Kikiki.

Esoknya bangun pagi pagi lepas sarapan kita terjah rumah pakngah aku lak amek rambutan. Pakngah aku takdepun kat rumah sebab dia balik kampung. Tapi terjah jela. Hihi. 

Muka masamm. Belum cargas awal pagi sangat

Cas tenaga dulu kasi cargas

Temanya turqoise. Bahaha!

Tu acik tina ye anak2. Bukak kakak.. hihi.

Odw balik pun sama, anak anak tidur. Hahaha. Dgn aku aku sekali tidur ha. Ngantuk sungguh. Memang ahad tu tak produktif langsung. Balik tu pukul 12-2 tidur. Pastu 4-6 tidur lagi. Sampai weng kepala. Kikiki


Malam sebab malas masak. Kita tapau jela beli kat kedai.


Dah rabu dah eh hari ni.
Rasa mcm baru je weekend.
Ntah hape hape je aku buatt dua hari berlalu dalam minggu ni. 

Thursday, August 11, 2016

Hari rabu.

Semalam aku teman kawan aku berubat. Dari rumah pukul 8 dah keluar. Mcm kan rumah kawan aku tu jauh sangat. Hahah. Rumah dia kat bbs je pongg padahal.

So, sampai awal. Kita breakfast la dulu. Pagi2 dah teh tarik dgn roti telur. Lepastu tertanya tanya kenapa makin gemuk ni. Hahaha.. biasa tu. 


Kitorg pergi rumah ustaz kat selayang bharu. Appointment pukul 10. Tak susah pun nak carik rumah. Takdela sesat barat ke hape. 


Selp8e dulu


Setel semua dah almost zohor. Gila lama la. Takpe, kita usaha kan? Manusia ni mcm mcm kan peel. Apa pun. Kita berserah la dgn Allah. Kita jaga hubungan dengan Allah. Jin syaitan semua mmg sentiasa ada. Sentiasa nak tengok kita tewas.

Aku sendiri? Ntahla. Aku dah malas nak pk. Kalau betul org tu buat aku anak beranak mcm ni. Aku dah biarlah.. Allah boleh bayar cash bebila. Aku taknak berdendam. Aku tak rugi apa2 pun. Kau dgn dunia fake kau. Selama mana nak angkuh dgn hukum Allah? Kan. Back to basic. Jangan berani sangat. 

Dah abaikan. Hihi. Kata dah takmo pk kan? So kita kewl sahaja.

Pastu janji dengan kawan lagi sorang nak lepak2. Sekali dia tak boleh pulak. Cis bedebah. Dah tunggu berjam jam. Pastu tak jadi. Tak ke boleh bikin amukan.

Luncheon. Kawan aku makan lasagna. 

Kebosanan tunggu orang yg tk muncul

Sampai rumah dah nak dekat asar. Mandi mandi apa semua. Ingat nak rest rest jela. Sekali ada orang nak g taman layang layang lagi. Hoiii ibu penattt.

Tapi demi anak. Kita gigihkan diri jela. Huhu. Nasib la dekat je pun dengan rumah.


Berlari lari aku mengejar mu ke dik? #liriklagu

Baru je sampai, bau adyra. Eh budak ni berak. Kenapa berakkkkkkk. Why adik whyyy. Haha. Tak kelakar okay. Benda paling malas kalau keluar, nak basuh berak anak. Hahahaha! Tapi takkan nak biar je. Bau dah satu hal. Satu hal lagi melecet bontot anak kang.

Budak berak!
3beranak
Pastu terus shoot g segambut. Dinner kat sana. Sampai rumah pukul 10lebih kot? Exhausted gila. 

Esok dah jumaat.
Aku ada order cheesetart dgn kawan aku ni. Tasabarnya nak rasa. Hahahah. Makan selagi mampu kan? Lagipun bila aku cakap aku gemuk.. org sekeliling ckp.. eh kau takla gemuk.. biasa2 je. Bahahaha. Ayat semua sedapkan hati. Vavista sungguh.





Wednesday, August 10, 2016

Taman Layang layang.

Hari ahad pukul 6baru keluar rumah.
Takde aktiviti selain tidur tidur dan tidur.

Anak tido ibu tido. Haha.. alasan sungguh. 

Cantik tak shawl blossom? Tersalah beli igtkan square.. sekali shawl..  pakai ajela. Dah kat rumah baru perasan. Boleh pakai dua2 belah.

Kita pergi taman layang layang. Setelah berapa lama ntah tak sampai sini. Seingat aku, masa tu Adyra halus lagi. Sekali tu jela. Pastu takde dah.

Orang macam ulatt.
Parking pun berlapis2. Slumber jela parking ikut org. Kat tepi2 jalan tu. Hihi. Tapi tinggalkan la no tepon sesiap.. kot org nak kua tak boleh ke apa.. kita mudahkan org.

Dah berjalan dah pun haa baru sampai lagi

Ni macam wajib beli kan?

Kegembiraan dari seploh hinggit je.

Dah berlengas lengas kat taman layang layang tu. Kita shoot terus g giant batu caves jap. Anak2 nak makan. Kasi kenyang budak2 dulu. :)

Tolak batu dan kayu. Sangattt suka makan. Kecuali makanan lembik2. Gigi baru 8batang.

Sejenis tak takut org. Tengok la dia main slumber terjah ntah sesape. Hahaha.

Pastu ni semalam. Repeat lagi g taman layang layang. Tempat tak jauh pun. Tapi takde masa kot nak bawak kesini?

Pergi hari selasa, okayla.. takdela ulat sangat. Macam biasa jela. Parking kat dalam pun senang je.

Main la korangg


Family photo. Hahaha. Cmnila sukarnya nak amek nak amek gambar bertigaaa. Siap adegan peluktubuh.

Tinggi tak? 

Memula beli layang layang. Pastu dah naik2.. tak tinggi. Tali pendek. G beli tali lain. Layang2 je burn 40. Hahaha.. takpe, boleh simpan. Nanti kita main lagi. Ntah bila tak pasti. Bila ada masa la kan. Haha.

Balik tu singgah selayang mall. Macam biasalah kat rumah tak masak kan. Kita kasi kenyang anak2 dan anak tekak sendiri. Hehe

Pastu teringin makan donut gula sebenarnya. Tapi g beli bigapple. Manis sangat lah. Haha. Aku suka iceberg tu. Dulu2 suka alien. Manusia kan berubah citarasa #deepsgtni

Ni nak diet? Jadahnya la.

Okayla. Dh 140am rupanya. Gila tk tido. Ni sesudah subuh nak keluar nanti. Kahkah! Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Aminn. :)

.