Ni, aku copy dari forum mana ntah ceklist ni. Last cek! Haha masih ada yang belum complete la pulak, adoinya pun..
BARANG ASAS KEPERLUAN BAYI
1) Bakul Pakaian Bayi - Yang ada sekarang mcm ngam2 je, haha mcm kena beli lagi? Ke nak beli almari terus? Astaga~ Haha.
2) Baju Lengan Panjang - Banyak
3) Baju Lengan Pendek - Banyak
4) Seluar Panjang - Banyak
4) Seluar Panjang - Banyak
5) Seluar Pendek - Banyak
6) Rompers - 3helai sahaja. Hari tu ada jalan2 kat mother care, rompers mcm comel2, tapi dia one set kan.. Kalau putih, semua pun putih, kalau pink semua pun pink. Pink adalah cute. Tapi mcm biasala, aku paranoid kot2 baby adalah boy :p So tak jadi nak beli. Nak beli putih mcm bajet suci sgt :p
7) Barut - Ada 8 je, cukup kot? Tak cukup nanti2 mengemis mintak sesape belikan :p
8) Bedung - Ala guna je kain lampin. Dah beli sedozen tak guna adalah sayang okay!
9) Diapers (New Born) - Mamypoko, maybe nanti nak tukar brand lain, untuk minggu awal2 ni guna mamypoko selagi tali puasat belum tanggal. Brand apakah yang elok? Eh silap, brand apakah yang murah? Huahua. Maybe nak tukar Huggies jela kot.
10) Mitten Booties - Berapa ntah, 8 ke 9 ntah? Tak sure aku. Hihi. Pakai kejap je ni, awal2. nanti dah 3 4 bulan tak pakai, supaya baby boleh gerak2 tangan dgn bebas. Orang kata la.. Kira nak mengaktifkan tangan dia.. Kalau pakai sarung tangan jugak, nanti jari lembik ke? Taktahu aku -..-
11) Tuala - Ada 4 helai, tak cukup pakai je towel makbapak nya ni ha.. :p
12) Topi Kepala - Sebab aku tak jumpa topi yang unisex, so aku beli 1 je.. haha. Yela buat nya beli yang girly2, sekali keluar lelaki lak. Hah! Tanjat boboi tau :p
13) Berus Botol - Dah.
14) Baby Bip - Tak penting, pakai sapu tangan dahla kan.. Hikhik. Kalau dah besar, pandai makan, bolehla kot nak beli. Tapi taktahu nanti, kot2 nampak kepentingan, baru aku beli.
15) Diaper Bag - Pakai je beg2 free gift yang aku dapat time beli barang2 baby. Haha.
16) Alas Getah Bayi - Ada dua. Haha apasal ntah aku beli sampai dua. Tapi dua2 tak comel pun -..- Maksudnya kartun2 tu tak comel, haha perlu ke nak comel??
17) Tilam Bayi - Ada dah cushion mattress. Pun tak comel. Haha! Tak banyak choice time tuh.
18) Bantal Bayi - Ada dua, satu time beli tilam sekali la dgn bantal, then hari tu beli comforter dgn bantal.bantal peluk sekali.
19) Selimut /selimut bertopi - Selimut bertopi? Kelakar je bunyiknya. ada 1.. Selimut biasa, 2.
20) Kelambu - Tak jumpa yang menarik, jumpa kaler putih, pink, and biru je. Haha so tak beli. Lagipun tak nampak kepentingan disitu.
BARANG MANDIAN BAYI
1) Bakul Barang Mandian - Belum beli lagi ;'(
2) Baby Bath - Dah. Tapi taksure kot2 baby kulit sensitif, mintak2 boleh je pakai apa pun.
3) Baby Shampoo - Sekali babybath, head-to-toe.
4) Baby Powder - Beli Johnson & Johnson sebab aku boleh pakai sekali. Huahua. Aku kan mana pakai compact powder semua, pakai bedak J&J je. Hehe.
5) Baby Wipes - Dah, tapi mcm tak cukup. Beli jenama Anakku. Taktahula okay ke tak? Kang aku beli yang jenama Watson bau roses tu baru tahu. Haha berkurun tak habis!
6) Kapas kecil - Pun dah, beli Kiko.. Guna untuk lap2 pusat je kan? So tak beli banyak sgt.
7) Tab Mandian Bayi - Macam nak beli, tapi mcm taknak. So mcm mana? Haha. Tengokla lepas baby lahir. Aku tengok family2 aku okay je mandikan baby kat sinki guna besen biasa. Hihi. Mcm ngengada nak bertab2.. :p
HEALTH CARE
1) Bakul Barangan Grooming &Health Care - Pun beli beli :'(
2) Minyak Yuyi Cap Limau - Sudah.
3) Vicks - Vick yang bau2 strawbery tu kot? Pun takde beli. Hehe. Guna vick orang dewasa boleh ke tak eh? :p
4) Gunting Kecil - Ni hari tu dah nak beli, tapi apa pasal ntah tercicir kot. Taktahu function nya apa? Tapi aku selalu tengok orang2 tua suruh letak gunting kecik, yassin, and apa ntah lagi kat bantal baby. Petua orang2 dulu kan nak elakkan baby kena kacau kot.
5) Pemotong Kuku - Ni pun sekali one set dgn gunting yang tercicir tu. Belum ada lagi.
6) Baby Lotion -Sudah.
7) Baby Oil - Sudah
8) Krim Lampin - Drapolene.
9) Sikat / Berus Rambut - Takmo beli, sebab orang tua cakap kalau sikat rambut, nanti rambut jadi jarang2. Huduh la kalau baby girl rambut jarang2 :p Haha. Khurafat eh? tak tak caya, tapi berhati2 je.
10) Cotton Bud - Ni nyaris taknak beli sebab aku ingat sama je dgn yang dewasa. Tapi rupanya tak, saiz kecik. Huehue. Pun beli Kiko je.
BARANGAN BREASTFEEDING
1) Breast Pump Set - Pam tetek pun sampai rm2k? apakah?? Haha. Suruh je Wan tolong pamkan guna tangan. Boleh? Haha. Maybe beli lepas bersalin. Tapi takdela beli yang 2k tu.. GIla apa. Beli yang murah2 je. Tapi yang murah2 pun, tetap ratus2. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
2) Cooler Bag Set - Takperlu.
3) Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh) - Takperlu. Nak bf kan baby, bukan nak bagi susu formula pun.
4) Sterilizer - Pun tak perlu. Rebus je, takpayah nak sterilise2 apa kejadah :p Kita guna cara lama okay.
5) Botol Susu - Beli Tomme Tippee. Ni terpengaruh lah ni. Kononnya botol jenama ni kan puting sama mcm tetek, so baby takkan confius la apa lah. Layankan. Beli time expo kat Mid hari tu, so murah jela.. Pastu ada la beli botol susu jenama pureen, sebab cute cinonet. Haha perlu ke beli sebab cute? Dasar. Tak tak, beli sebab murah. Huahua.
5) Botol Susu - Beli Tomme Tippee. Ni terpengaruh lah ni. Kononnya botol jenama ni kan puting sama mcm tetek, so baby takkan confius la apa lah. Layankan. Beli time expo kat Mid hari tu, so murah jela.. Pastu ada la beli botol susu jenama pureen, sebab cute cinonet. Haha perlu ke beli sebab cute? Dasar. Tak tak, beli sebab murah. Huahua.
6) Storage Bottle - Tak perlu.
8) Nursing Cover - Takyah cover2. Tunjuk je tetek kat orang lain :p Hahaha. Tak terfikir nak beli pun. Mcm tak penting.
9) Nursing Bra - Ada dua, tapi mcm tak cukup. Plus tak selesa lah pakai nursing bra. Haha aku dah test pakai. Mcm apa je. Maybe salah saiz ke apa? Huahuahua.
10) Breast Pad - Dah, beli disposable. Tapi kalau memang asyik nak meleleh je, maybe nanti beli yang boleh basuh. So jimat lah kan..
11) Puting - Puting botol? Sekali dgn botol. Cream untuk puting? Ha pun dah beli.
BARANGAN ASAS UNTUK IBU
1) Set Selepas Bersalin - Nona Roguy.
2) Bengkung - Leesa Formula
3) Baju Sejuk - Pakai apa yang ada.
4) Tungku Moden - Haha tak bertungku pun takde pe kot? :p Pakai tungku cara orang dulu2 pun boleh, takyah beli2.
5) Selipar - Apa kejadah nak beli selipar baru sebab nak bersalin? Pakai jela apa yang ada.
6) Kain Batik - Amek mak2 punya.
7) Pad (Extra Long) - Tak beli maternity pad, beli kotex biasa.
8) stokin - Stokin padini, murah2 sahaja.
9) minyak urut - Dah ada dalam set nona roguy, nak minyak urut apa lagi?
10) Disposable panties - Sudah.
........................................................................................................................
........................................................................................................................
Yang bold tu kena belilah, tapi aku rasa mcm tak lengkap je ceklist ni? Haha, sebab takde thermos? Kahkahkah. Nak jugak thermos tuh. Dahla hari tu aku terpecah kan termos sampai dua bijik. Kan termos dalam dia kaca ke apa. aku tengok murah. Aku goncang2, sekali crackkkkkkkkk. Haha tapi nasib baik aku tak beli? Kalau tak, membazir je. Kesimpullannya, kalau nak beli thermos, beli yang mahal sikit, berkualiti dah tahan lama. Dari kau beli yang rm30? Tapi pakai dua hari dah crack pecah kaca kat dalam. Hihihi.
So aku kena beli benda2 ni jela lagi rasanya ;
-Thermos, bakul2 nak letak2 benda alah bedak and sebagainya, set2 potong kuku tu, bekas water spray. And pengepam tetek tu? tak sure lah. tengok la lepas bersalin nanti.
Lain2 kalau nak tambah.. diapers, wet tissue. Tapi benda ni berterusan lah kan, kena beli kalau dah habis. Tunggu hujung2 bulan doblas nanti, mesti ada sales besar2ran, so boleh beli diapers banyak2. Dahla nak beli harga lain2, kena pandai survey, memangla tak banyak beza setakan singit dua ringit, tapi tetap la duit kan? Hihi. Ntah kenapa aku suka survey harga diapers sekarang ni. Huahuahua. Bukan mcm Wan, dia tak minat! Dia minat kereta kereta kereta. Kalau pasal kereta, semua pun beli. Ni nak beli diapers pun main beli je. Hoi kena pandai berjimatlah! Harga tak sama. Plus ada ke nak beli diapers size L main rembat je?? Lepastu nak beli yang mamypoko girl tu. Huahua. Kalau anak lelaki yang keluar? Kan kelakar.
Pergh panjang nya aku taip.. :p
No comments:
Post a Comment