img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, April 25, 2012

3 bulan.

Baru 3 bulan jadi emak rupanya. Untuk lebih tepat esok baru 3bulan, tapi cincai-cincai jela. Tapi kenapa rasa macam lama? Rasa macam dah terer je handle anak. ;p Haha. Poyo. Pang karang ;p Taktahu la current weight dia berapa, memang dah terasa berat la kalau pegang itu budak. Bulan lepas 5.1kg, panjang lak 63cm.. Hehe. Bulan ni? Tak tahu lagi, sabtu nanti baru nak bawak pergi klinik. Esok kan semua orang kerja, malas nak bawak malam-malam.


Ayra masih lagi cuma mengiring-mengiring, belum meniarap. And kalau aku tiarapkan dia, kemain lagi bising mulut. Haha. Apa ntah dia cakap? Ye, dia sangat suka bercakap. Mandi bercakap, tengok tv bercakap, main sorang-sorang bercakap. Semua baby macam tu kot? Haha. Tapi kadang-kadang aku rasa, dah la berhenti la bercakap tu, penat nanti.. Hehe.  Aku lak yang rasa penat. Tapi senang je cara nak berhentikan mulut potpet dia tu, ambik camera. Terus senyap. Kenapa ntah? Selalu je aku standby nak rakam, tengah syok-syok tu, keluarkan camera, terus je dia pandang tak bersuara. Huh! Benci tau ;p


Pagi-pagi bangun tidur, benda paling best is tengok dia ketawa. Yelah pagi-pagi kan mengantuk, rasa macam eeee ngantuk nya kenapa dah terbukak bijik mata budak kecik ni padahal dah pukul 10pg, haha dasar emak suka bangun tengah hari buta. Tapi bila tengok dia ketawa terus mata rasa segar je. Hehe. Magik ;) Lagi-lagi kalau aku cakap morning sayang, morning gegirl.. lagi la suka.. Tak pasal-pasal ketawa mengekek. Tapi kalau cakap morning Ayra.. dia buat tak tahu lak. Haha. Dia tak tahu ke nama dia Ayra -___- Okay salah kan aku, sebab selalu panggil dia sayang ;p Hehe! Panggil anak sayang, panggil bapak anak pun sayang, acane? Haha, kang jerit sayang, dua-dua memandang. Miahahahaha.


Dah jadi habit sebelum tidur, aku akan cerita la apa-apa kat Ayra. Haha, macam la budak tu faham -__- Tapi takpelah, aku nak cerita jugak. Bercerita sambil buat muka and intonasi suara, memang suka la budak tu kan. Hehe! Anw, Ayra masih tidur berbedung. Sekarang ni bedung pakai kain batik je. ;p Takde dah guna kain bedung dia. Hehe. Mak aku cakap, guna kain batik takdela panas. Plus kemas je kalau kita bedung tu. ;) Fine, ikut je. 


Walaupun aku dah buai Ayra, tapi budak tu takde la obses nak berbuai je. Dia boleh je tidur kat bawah. Asalkan dibedung. Kalau tak bedung pun, kena mengiringkan dia, and kasi dia peluk bantal peluk. Insyallah, lama jugak dia tidur. Hehe. Tapi kalau tidur macam biasa, haih! Sekejap je dah terbangun, sebab asyik terkejut ;/


Mak aku cakap, Ayra ni budak yang senang dijaga, tak banyak ragam. Dan sangat susah nak dengar dia menangis. Ye tu akui, sampai kadang-kadang tu saje nak bagi dengar suara dia melalak, saje mandikan guna air paip. Tapi tu pun, alahai manja nya suara. Haha, aku risau gak, mana tahu kalau anak tak menangis tu penyakit ke apa kan.. -__- Hish! Mintak simpang lah. 


Tak macam aku kecik-kecik dulu. HAHAHA! Aku kecik-kecik dulu adalah sangat suka menangis. Sampai sekarang pun, ratu air mata jugak ;p Haha drama lebih. 

1 comment:

D Yatie said...

wah..gigihnya bedung Ayra lagi...Arissa memang tak bolah nak di'bendung'..mau melalak dia kalau di bedung...umur Arissa dan Ayra beza sehari je.. :D

.