Tetiba aku teringat hari-hari awal lepas bersalin. Kelakar. Haha semua benda aku nak rasa kelakar. -__-
Aku discharge hari Jumaat, tengah hari. Kantoi Wan tak pergi semayang jumaat. Terus balik rumah sewa. Since barang-barang semua kat situ kan. Memang mencabar gila. Aku, baby, Wan. Kitorg bertiga. Dengan takde pengalaman semua. Nak handle baby yang kecik nyaaaaa lembik nya.... Haha tapi nak taknak aku beranikan diri jugakla. Balik je tu kitorg bertiga terus tertido.. HAHAHA 3 beranak tidur. Letih sesangat. Dah nak maghrib baru terbangun, sebab baby dah mula merengek time tu. Aku tak reti nak bagi tetek kat dia. Kitorg siap google lagi cara nak bf baby. Kahkahkah. Kelakar kan. Aku try jugak bagi hisap, walaupun ya Allah sakit sangat-sanggt since Ayra nyotnyot teramat kuat, and aku tahu.. takde susu keluar pun time tu. Tapi aku tak giveup, aku sua jugak tetek. Kahkahkah.
Malam pulak, Ayra merengek je..... serius aku tension. Dia lapar, tapi susu aku takde. Kesian aku tengok dia hisap beria-ria. Huhu. Malam tu, bergilir tidur jaga Ayra. Hish. Menguji kesabaran. Aku memang dah nangis time tu. Kahkahkah. Ayra nak didodoi, or apa ntah aku pun taktahu. Hehe. Tak retiiiiiii. Oh tapi aku tetiba reti basuh berak dia time tu. Haha tak geli pun. Tapi Wan tolong jugak la. Dia kalau anak berak dia akan tolong la pegang-pegang kaki ke apa, takat tu je la dia pandai pun -___- Haha. Nama nak tukar diapers anak sengsorang, memang tak la. Rasanya aku boleh pengsan kot kalau tetiba dia reti.
Tapi kan, kan.. awal awal lepas bersalin aku memang selalu menangis pun. Huahuahua. Siapa tak menangis lepas bersalin memang hebat! Haha. Siapa takde rasa down ke apa, memang jenis hati kuat la kan. Aku tak kuat, aku tahu. Hihi. Nak sesuaikan diri dengan benda baru time kita sakit, memang mencabar jiwa raga. Hahhaha. Kelakar kelakar.
Heh, yang sebenarnya aku nak taip benda lain, tapi ntah tetiba jadi cerita lain lak. Haha bengong. :p Aku nak cerita aku tak suka orang yang panggil anak dorang degil, manja, or else apa-apa lah. Haha. Kata-kata tu kan macam doa. Dari panggil degil boleh je cakap bertuah kan? Haha sibuk je kan aku, lantak la mereka. :p Tapi kalau panggil anak aku degil ke apa, haaaaaaa meh sini aku pijak kau :p Haha poyo je nak pijak-pijak, habis ganas la kengkonon. Pui :p
Tajuk tak boleh bla. Aku paling tak reti nak fikir tajuk. Haha kalau tengok balik post-post lama, tajuk semua macam haram je. Haha. Disebabkan aku taip ni sebelum nak tidur, tu jela ayat yg terfikir dalam kepala otak aku untuk dijadikan title. Haha perlu ke aku explain semua ni? Dah, kau pergi tidur sekarang. Bai.
No comments:
Post a Comment