img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, May 12, 2012

Mid.

Hari ni(jumaat) sampai ahad ada expo baby kat mid kan. Hehe. Tadi dah pergi, tapi takde beli apa sangat. Banyak jugak yang join kan? Kalau expo yang dulu, tahun lepas...... aku pergi time pregnant. Hihi gigih tau! Mengandung 7bulan macam tu. Tapi perut kecik, apa adahal?  Lagi pulak, aku adalah kuat masa mengandung. Huahua! Poyo padahal.......... penat sesikit dah nangis. Hihi.


Diapers pun ada banyak pilihan, ada mamypoko, petpet, diapex, baby love. Hehe! Huggies takde. Kalau ada maybe beli. Ehhe. Pureen macam biasa mesti ada. And dapat la beli Pureen Liquid Bottle Cleanser tu. Haha! Kan sebelum ni dah nak habis, lepastu bila dah habis aku tambah air dalam botol tu, huahua gila kesian kan T_T . Fiffy pun ada. Fiffy and Pureen, murah lah. Baju murah-murah. Tapi aku takde beli.


Kan aku pernah cakap aku nak beli botol susu cap lain, takmo dah tomme tippe tuh, haha. Boring je botol tu. Aku nak beli yang ada gambar kartun. Baru kiut. Tapi bila fikir-fikir balik, gambar kartun tu kalau selalu basuh mesti jadi pudar kan? Bila pudar, jadi buruk lah kan? Bila buruk, mesti aku terasa nak beli yang lain kan? Haha. Dasar. Sebab aku ada beli botol susu pureen yang kecik, pureen gold tu. Bila selalu guna, basuh, kartun tu dah hilang pun. Haha! Tah pape kan? Eh botol Avent pun macam cantik jugak? Walaupun takde kartun. Ah konpius aku! Apa-apa jela. Zzzz. Botol susu pun jadi masalah. Padahal Ayra takde pun kecoh-kecoh, aku lak yang over. Huahua!


Oh ye, sebelum tu aku ada masuk Jusco, sementara tunggu Wan, aku ada berkenan dengan satu dress tu...... pink cair-cair.. pastu corak bunga-bunga.. Comel sangat! (bagi aku lah) Tapi saiz lak besar, untuk 1year keatas. Kang kalau beli pun, kelaka je anak aku pakai. Tapi aku rasa Ayra macam boleh je muat? Kenit tu pun sekarang dah pakai baju 6month++. Haha. Kaki panjang, kalau pakai seluar yang3-6months, jadi macam senteng.


Baju dekat Jusco pun dah mahal kan? Belum beli dekat butik-butik lagi. Dress yang aku tengok tu, harga rm89.90. Haha. Boleh beli 3 ke 4 helai tshirt aku dah tu. Huahua! Melampau tau nak mahal-mahal, mak pun pakai tshirt 2helai rm35 je. Tu kat PDI berlambak murah-murah. Wan pernah cakap budak-budak yang pakai baju padini ni budak-budak baru nak up? Haha! Ada aku kisah, yang penting murah? ;p Dari pakai baju Ed Hardy tapi tak ori, buat apa, buat malu.. kan? Yelah mana tahu ada jugak makhluk lain yang sama spesies macan Wan tu, kalau orang pakai baju apa ke, sibuk je nak cakap ori ke tak. Haha, kalau tak ori, sibuk je mengkeji. Padahal lantak lah kan, dia nak pakai cap ayam ke itik ke lembu ke.... tak kacau pun. Haha! Kak Nam sangat tau awak ni ;/ .



Tadi tengok Nongkrong ;) Hihi. Bongok je ending! Macam apa je -___- Tapi boleh la kalau nak gelak-gelak. Tahu tak kitorg tak tengok lagi Battleship? Haha. Ketinggalan keretapi. Wan ada hati nak tengok battleship lepas tengok nongkrong. Eh mana boleh la, si kenit dah la kena tinggal. Mak bapak kan nak feling bercinta. Haktuih~













No comments:

.