img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, June 22, 2012

Adik-adik sayang.


Malam-malam jumaat ni memang takde orang updatenya belog, kan? kihkih. Aku je ni ha, menghadap laptop. Padahal esok pagi-pagi nak pergi Rawang, nak amek report card adik aku. Hehe why me? Sebab aku kan kakak yang prihatin~~ Haha haktuih!


Aku rasa aku cam tak pernah je cerita pasal adik-adik aku. Wah cerita adik-adik lak, padahal 2orang je :p Hehe. Dua-dua lelaki. Sorang form3, sorang darjah4. Hehe kecik-kecik lagi. Tapi yang form3 tu dah perasan remaja. Eh dia memang remaja apa -__- Aku je yang selalu anggap dia budak kecik. Ekekeke.


Tiap kali adik aku yang form3 (nama dia Asyraf) nih cuti kan, atau balik weekend, pastu dia nak lepak keluar town dengan kawan-kawan, aku jadi cam over protektif. Haha! Serius aku bukan kakak yang fun :p Kalau dia cakap nak pergi Mid ke, Ts ke.. aku akan ulang banyak-banyak kali cara nak ke sana macam mana, nak naik apa, turun kat mana, make sure telefon ada kredit, duit cukup ke tak. siap suruh bawak beg, bawak air kot dia haus ke apa. Hahaha! Tu baru adik, Ayra nanti camne lah :p


Padahal dia lelaki kot, tapi ntah kenapa aku rasa cam takutnya kalau jadi pape. Kihkih. Tapi kalau aku nak keluar balik lewat-lewat pagi boleh pulak? Dahla aku perempuan. Haha! Ala, aku kan KAKAK :p Plus, aku keluar dengan sape je, dengan raksaksa gorgon digeruni ramai. Huahau~~ Ampun!! :p Gurau-gurau malam jumaat. Ntah, aku still anggap dia cam kanak-kanak ribena. Tapi jangan memain, dia dah ada awek, comel pulak tu awek dia. Haha tak padan langsung. Eh tahu tak, dia kan dok asrama, pastu handpone dia sure la tinggal kat rumah, aku kalau ada masa, mesti aku cek-cek henset dia, kihkih. Pastu facebook dia semua, aku dah link kan ke email aku. Hahaha! Skeri tak ada kakak cam aku ni? :p


Adik yang lagi sorang baru darjah4, haaaa yang ni lagi lah... kalau dia nak pergi kedai depan rumah pun aku rasa cam was-was lagi. Haha! Dia manja gila kot...... Sesuai la dengan nama dia Shafiq =penyayang. Pantang silap cakap sikit, dah menjejeh air mata. Nak kata cam pondan, eh takla.. dia okay je, kalau dengan kawan-kawan ganas je, cuma kalau dengan family, alamakai.. tampar jugak budak ni kang :p Mengada! 





Raya tahun lepas. Alamak ai, sorang tak nampak muka lak.
Aku - pregnant 5bulan :)


Asyraf.


Shafiq.


Kampung aku ada sawah, kampung kau ada? :p Haha poyo~


Okay la, nak main peluk-peluk atas katil lak. Haha ala, peluk Ayra je :p Si kenit tu kalau tidur di peluk, sampai subuh kang baru la dia bangun. Hehe! Tapi aku yang risau nak peluk-peluk dia time tidur ni, kang aku terlupa ingat dia bantal ke apa, habis anak aku. Hehehe.. :p Gudnite ;)
I is period~~ Tengah heavy lak tuh, tak selesa. Grr. :p






2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

eh muda lagi mama Ayra ni, adik pun masih sekolah. Sama la Yana, ada 5 lagi adik semua masih belajar.
Paling kecik darjah 3.

p/s : memang skeri meri ada kakak O.P ni ! huhuu
siap suruh bawak botol air tak menahan tuh

Nurul Aziz said...

Haha tulah, over kan :p Padahal adik lelaki, mak ayah pun takde over camtu. Hihi.. Nasib laa dapat kakak yang tak fun..

.