img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, June 24, 2012

Bila nak beli pinggan mangkuk?

Aku kena tahan diri dari tidur ni, walaupun mata dah mengantuk. Sebabnya, baru pas melantak bubur kacang. Hahaha. Kelas kan malam-malam camni makan bubur kacang :p Pastu bebel-bebel perut buncit bla bla.. Hakhakhak~ 


Tadi siang mak aku ada tanya, bila nak beli pinggan mangkuk sudu untuk Ayra? Pastu aku blank. Untuk apa?? Haha. Nampak sangat aku pemalas nak masak untuk anak :p Hehe. Yelah Ayra kan nak masuk 5months, 6bulan dah boleh bagi solid food, alaaa 5bulan lebih-lebih sikit pun takdehal la.. boleh je dah sumbat :p 


Seriusly aku tak pernah fikir pasal benda-benda tuh :p Pas mak aku tanya baru la aku terfikir... haha! Well, anak pertama kan? Lagi pun, aku jarang la google pasal solid food segala nih. Bukan tak excited, cuma rasa bila dah tiba masanya nanti aku google la. Haha ibarat dah terhantuk baru nak mencari :p Haha aku kan pemalas :p Takpe, setakat nak buat puree tu aku rasa boleh la.. nak masak-masak benda lain tu... errr kita tunggu la nanti eh? :p Blender pun tak beli lagi nih, nak beli food prosessor? Memang takla.. takde dalam list pun. Hihi.


Ingat nak beli sekali sipping cup, tomme tippee tuh, 20lebih je rasanya. Dahtu anak dah makan, mestilah kena bagi air masak kan? Ke tak boleh jugak? Hahaha tercekik anak aku nanti :p 


Encik Ridzuan sila sediakan duit untuk beli alatan-alatan tersebut, boleh? Haha. Ewah-ewahh~~


Ketawa takde gigi. Ini sebelum terbongkang tadi, tengok orang ketawa, dia ketawa. Dah pandai main cak-cak, Kalau geletek, lagi la.. ketawa tak ingat dunia :p Tapi cuba kau cakap perkataan "ammboiiiiii" muka terus mencebek. Haha! Oh ye, nak masuk 5bulan ni, tetiba dia macam tak suka bila ramai orang. Huh! Tak boleh jadi ni, kena rajin-rajin bawak g tengok manusia..... 





**26hb hari Selasa, hari bekerja, heh...... kena tunggu weekend baru pergi cucuk ini budak.. Lambat beberapa hari takdehal la.. Unless kalau Wan nak bawak or dia menyerong ke hari selasa tu kan. Haha kau ingat sekolah je boleh serong-serong, kerja pun boleh je serong :p Huahau! Very not good, macam company bapak sendiri lak :p Anw, best kan jadi doktor nih? Bercakap beberapa minit pun dah dapat duit...... haha, consultant kununnya :p Kalau kita pergi jab tu, then kita cakap, okay doktor takyah cakap apa-apa, jab je terus, saya taknak bayar duit consultant, boleh tak camtu? Kihikih. Kedekut punya orang :p








2 comments:

Aty Fared said...

heheh..saye tak sabar2 nak beli pinggan mangkuk comel2 tuk anak nanti..eerr..dah ade org hadiahkan..tapi nak gak membazir beli yg lagi comel..;p

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

orang lain selalu nya 1st baby eksaited, mama Ayra ni rileks je kan.. :)

.