img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, July 3, 2012

Walker, jom tidur.





Walker sweet cherry sahaja. Bapak eh tak suka mainan yang serabut-serabut kat atas tu, konon nak simple. Sebab simple baru elegant kan? Haha. Pastu tengok ada cina beli, sibuk nak beli jugak ni. Dulu ingat nak beli yang little bean tu, tapi bila dah tengok depan-depan, aku macam blur, tengok macam sama je. Cuma little bean tu kaler dia meriah. Striking kaler. Harga, tambah sikit je pun duit.

Walker ni guna bukan doplahempat jam. Guna bila aku nak buat kerja. Pastu aku takut nak tinggalkan dia sorang-sorang kat atas toto. Berguling-guling ke mana ntah. Kang benjol dahi ke apa. So letak dalam tu, kalau taknak bagi bergerak... angkat yang bawah tu, tayar ke atas, dah jadi rocker. Jadi kuda-kuda sudah. Bouncer Ayra sudah dikemas, dah tak guna. Err tapi takpe, bouncer tu boleh jadi kerusi. Tungulah dia besar kot dia nak guna lak.  Haha. Kata aksesori kan? Ada baby, mesti ada la semua benda tu, kehendak yang berlandaskan nafsu. Pui.

Mak aku cakap aku start berjalan masa umur 9bulan, adik aku sorang 10bulan, sorang lagi setahun lebih. Guna walker ke tak guna ke, baby tu tak sama, ada yang cepat ada yang lambat. Bukan salah walker. Haha mak aku lah cakap camtu. Kalau dia cepat meniarap, merangkak, cepat lah berjalan. Plus, ada je baby yang skip2 semua tu. Takyah nak samakan sangat. Lagi-lagi babyboy dengan babygirl. Tang berat pun dah beza sangat. Haha baiklah bos! Mendengar kata, fine.

Sekarang ni dia dah sibuk bercakap, kalau dulu menjerit yang macam apa ntah, sekarang ni menjerit tu dengar gak la dia sebut mamamamamama.. HAHA dia bukan sebut mama mak ke apa, jangan nak perasan :P Tu memang semua bayi akan camtu. Tapi boleh tak kalau aku nak jugak perasan dia sebut tu kiranya dia panggil aku? Ekekeke.

Oh ye tadi pas mandikan dia petang, aku dah terbuat lawak lak. Haha. Boleh lak lupa nak pakaikan diapers. Patutlah pegang bontot tak macam selalu. Haha nasib baik la cuma 15minit camtu je. Bajet anak dah besar la konon. Sebut pasal diapers, stock sudah habis. Baru bukak last pack 64pc tadi. Susu pun dah last kopek. Seminggu 1.. hari tu beli 3.. ni dah minggu ke-3 la ni.. Kalau bagi anak susu ibu, memang boleh jimat sangat-sangat. Kan best kalau aku boleh jimat camtu........ susu terbaik dan jimat. Dah, jangan meratapi. Kira ada jugak rezeki sikit, dari orang yang takdapat langsung nak bf anak, sekurangnya aku tu adalah jugak, setitik dua. Tapi........ argh taksuka bicara pasal ni, stress. :/


Ni nak beli susu terbaik, Enfalac la kan?.. err sesuka hati aku je cakap enfalac terbaik (HAHA), baik la kot kalau setin kecik tu dah rm90++, Anmum pun terbaik kot? (iklan tv-gula tambahan bla bla) Tak pernah try Anmum, Wan lagi la.. ada ke dia cakap Anmum mana ada susu baby, Anmum susu ibu mengandung je. Err tapi macam iklan mee sedap tu - ala lupa lah ayat nya, tapi something yang lebih kurang camni "barang yang mahal tak semestinya baik".. yang penting sesuai dengan baby, baby minum okay, tak berak keras, tak tu tak ni. Pasni nak try beli susu S-26 lah, haha yang biasa baru rm30, kalau gold 60. Haha. Takpayah nak gold-gold boleh kan Ayra? Jimat! Jimat-jimat sekali anak tu sembelit, padan muka aku. Ayra nak shoping baju ke nak susu gold? PILIH. Haha..

Anw, aku dah potong rambut ke paras bahu. Haha dah rasa macam rambut secoet sangat. Yelah dah biasa rambut panjang kan, dah nak pinggang dah. Tapi disebabkan keguguran dah tahap kronik, redha jela potong rambut. Perubahan? Adala sikit, yelah rambut dah pendek, kalau gugur pun tak berapa sangat, tapi....... tetap banyak jugak, cuma tak sekronik dulu.

Yes, mata sudah mengantuk, pukul 2pagi ni kot. Weii pukul 2pagi aku menghadap laptop. Haha.... Ayra memang dah lama zzzzzzzz dari pukul 10 ke 9lebih ntah tadi. Kelakar tengok dia tidur. Kelakar ada, kesian pun ada....... Huuhuhu. Okaylah nak join tidur. Gudnite~~~! Nak pelukkkkkkkkkkkkkkkk~ Sijukkkkk. Hujan. Ekekeke..










2 comments:

DYatie ABakar said...

sangat tak boleh blah bila ada yang beria-ia nak compare berat baby. apatah lagi nak compare dengan baby girl boy. adeh! rasa macam sakit hati kot. huhu. selalu jawab, tak apa la tak berat tak debam tak bam bam macam dulu. yang penting sihat. huhuhu. 'barang yang mahal tak semestinya baik' tu iklan serbuk pencuci la nurul. hihhi. bukan mee sedap. ngeh3.

Aty Fared said...

tak kire ape orang cakap tetap nak gak beli walker macam tu..sekarang baby walker dah stylo...siap dah tau dah nak beli yang mane..heheh..

.