img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, August 22, 2012

Random Raya.


Unedited di pagi raya. 

Baju kurung yang banyak cerita :S Hari tu basuh baju-baju kurung (ceh sebut baju-baju.. sebab ada tiga helai.. hover kan. Budak kecik je kot padahal).. sekali.. ntah stoking dia ke apa ntah.. time rendam tu.. kaler turun.. pink.


Jadinya.. yang ni jela dapat diselamatkan.. Sebab baju ni kaler gelap sikit. Tapi kalau ditelek bebetul.. ada gak warna pink-pink sikit. Huh! Lagi satu kaler cream tapi bunga hijau-hijau.. (kan yang sebenarnya baju kat atas ni untuk kain.. yang kain kaler cream bunga hijau tu untuk baju.. tapi disebabkan ada extra kain.. tu yang buat jadi dua pasang..) Perlu ke nak explain? Macam ada orang kisah je.. ~_~


Bunga besar kat kepala adalah lampu untuk menoreh getah. Kahkahkah! Jahat tau pakcik-pakcik aku ejek.. :/ Hihi. Wan lak cakap, kesian anak dia jadi mangsa fesyen :P


Aku dah exhausted asyik  berjalan aje. Ni jap-jap lagi taktau la dorang nak kemana.. Phew~ Semalam anak nangis, aku pun nangis jugak. Comel tak? Kahkahkah.. Penat nak mampus.. dahla budak kecik ni.. dia penat pastu maybe nak beralih bulan kan... nak melekat dengan aku je. Kalau melekat tu boleh duduk-duduk takpela... ni nak dibawak berjalan kehulu kehilir. Hadoi.. Bateri pun nak kena cas nak oiii... Orang lain nak dukung boleh la bertahan lima minit paling lama. Tapi lima minit tu muka pun dah ketat.. habis ditenung muka orang yang mendukung dia tu.. dan tetiba akan berbunyik... uwaaaaaaaaaa uwaaaaa..  Haha! Hish anak sape la tu.. :/


Nak pergi mandi tapi bilik air full, menyempat aje kan aku nak online? Haha. Pantas menaip. Ekekeke..























1 comment:

aTy _faRed~ said...

penat kan beraya..ngan anak kecik lagi.ngan ramai2 orang lagi...huiiss...siyes..aty cuti seminggu raye langsung tak rehat...penat giler ya hamat..anak pon ngamuk2 jer sekarang sebab die tak cukup rehat gak..

.