img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, October 23, 2012

Movie, Ayra.

Dua movie terbaru yang sempat aku tengok, PE3 & Tedd ke Teddy? Haha. Tapi dua-dua tengok last week.  Kelas 3hari, cuti 4hari kan :P Begitulah.. 


PE3 - Memang la cite lawak bodoh-bodoh. Tapi takdela lawak bodoh cam apek ke senario kalau buat movie kan dorang berlakon cam nak mintak kaki.. kiki. Ni lawak bodoh yang aku boleh terima lagi la.. lawak bangang. Kahkahkah.. Sape ntah nama pelakon cite apa celop tu.. Tai ke apa.. dia kan berlakon bongok-bongok :P Tapi Wan boleh bantai tidur, sebab dia cakap cerita tu memang tak boleh bla. Haha sebab dia tidur, dia tak faham. Fine. Lantakkan aje... Dia kan nak tengok cite Sinister ke apa tu, cite seram.. arghh tengok cite seram ni buat aku tertekan, yelah kena kecik-kecikkan mata, dasar pentakut kan.. kuikui.. Eh esok rabu, movie murah lol.. :')


Tedd/Teddy - Haha aku lupa la tajuk dia tedd ke teddy. Tapi lebih kurang la. Cite bengong-bengong gak. Kunun nak tengok Sinister, tapi timing tak kena, so nak taknak.. tengok jela cerita apa pun. Tapi cerita ni 18tahun ke atas.. takde apa sangat pun, cuma cam lucah sikit, takdela lucah bogel-bogel apa pun, mungkin bahasa je la kot. Cerita pasal dia forever alone.. kehkehke takdela, time kecik-kecik takde kawan, pastu parents dia bagi dia tedy bear.. haha anak kau tu lelaki lagi bagi tedybear.. apakah? Pastu kan hajat bebudak  macam suci-suci, so dia wish la supaya tedy bear dia tu boleh jadi kawan sebenar, jadi hidup. So tedy bear tu hidup. Banyak la benda kelakar.. Dah besar dah ada awek, pastu cam dilema la.. antara bestfren (tedybear) dengan awek dia tu.. bla bla.. Hehe ada sedih sikit, tapi overal okayla untuk fun-fun.. :) Takyah la kau tengok cite tu sampai berkerut dahi nak berfikir. Bukan ke tengok wayang sebab nak mengreleasekan kepala otak... :D


Pasni banyak lak movie melayu keluar kan?? Haha aku takdela anti, kalau nak tengok movie wajib tengok cite omputih je.. eh tak tak.. suka aje membazir tengok cite tahap cerekerama. Hahahaha! 


Nampak tak kaki anak aku takdela debab cam baby-baby lain, sebab budak ni bukan debab, dia tinggi. :) Besar boleh jadi pramugari, kawen dengan pilot. Ewah mak berangan :/ Tapi tanda lahir dia kat kaki la pulak.. nampak cam lebam.. adeh, camno nak pakai mini skirt besar nanti camtu? huduh la pulak.. tapi takpe, bangga dengan tanda lahir sendiri.. :3



Ayra yang masih rambut nyawa-nyawa ikan. :') Omel aje. Pakai baju mesia lagi... haha baju free. Budak nampak mata sebelah tu baru setahun lebih tapi mulut murai. :D Minum susu s-26 gold jugak dari kecik, harap-harap Ayra membesar bijak macam kakak itu.. Mintak rambut sikit jugak. Wahaha.. 



Tetiba cerita pasal budak kecik pulak. Mak-mak sangat.
Bai.




2 comments:

che_puang said...

lain sangat muka si Ayra.

Anonymous said...

为了学习这个知识,到处找相关文章,哎,真不容易,博主也不容易,在此也要感谢一下博主了。

.