img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, December 30, 2012

Hari ahad.

Tadi ada kenduri, lepas pergi kenduri...... keluar kejap nak beli barang-barang. Pastu sempat lah main bowling. Hehe Ayra ekcited je...... macamkan dia pulak yang main. So, disebabkan kesian, sebelah bowling tu ada arked.. eh apa eh nama tempat tu, i pun taktahu... alah yang tempat main-main guna token tu ha.. 


Dulu pertama kali bawak dia kat tempat bowling masa dia umur 5bulan kot, apa pun taktahu time tu :) mak je yang main sampai anak tertidur-tidur.. sekarang dah dapat kaki kan, habislah semua benda dia nak jelajah, tapi paling suka nak buat cubaan nak angkat bola tu.. ceh macam kuat je :P


Kat tempat mainan tu i naikkan dia kat mainan yang gerak-gerak tu... hehe. Sukanya dia :) Senang nak buat budak-budak kecik ni hepi kan? :P Yelah sebab dia belum reti nak mintak beli menan, haha.. cuba nanti dah pandai nak bergolek-golek mengamuk kalau tak dibelikan mainan, mahu maknya bertukar jadi raksaksa :P kihkih.. 


old skol buruk gila benda ni, tapi nasib baik still berfungsi.. hehe ne ne ne ne.. eh camtu eh bunyik benda alah ni? :P 


Anw, i rasa i bukan jenis mak yang akan mengamuk depan orang ramai, like nak marah-marah anak depan public segala.. ntahla, i tak suka cara tu.. macam nak menjatuhkan air muka anak sendiri. Nanti dia dah besar akan jadi seorang yang pemberontak, pastu takreti nak respect orang.. percayalah..  Kalau iye dah panas sangat, nak marah.... simpan, marah lah kat rumah :P hihi siapa kata takboleh marah? marah tetap marah, tapi kat rumah lah.. baru bertukar jadi hulk hogan.. ohye, lagi satu i tak suka tengok parents yang slumber je nak pukul-pukul anak depan orang ramai.. kesian budak tu.. huhu.. mungkin i tak biasa, sebab family i bukan jenis camtu.. tapi ntahla, setiap orang berbeza kan cara dorang nak didik anak-anak.. :) so i tak cakap cara dorang salah, cuma i tak berkenan.. :-S


  
Okay ni satu kesalahan si emak lagi.... anak baru nak terkedek-kedek berjalan mak pakaikan skirt :D haha.... rambut sejemput, kihkih, tapiiiiii mak rasa macam anak mak dah rambut lebat gila je.. lalalalala~


Hm tu jela aktiviti hari ahad, bangun pun lewat.. hihi. esok dah last day 2012, 2012 ni terasa sangat cepat, mungkin sebab dah ada anak.. sikit sikit anak, sikit sikit anak, tapi kena la faham anak i baru sorang ni kot, so tahap keterujaan tu memang lebih la kan.. :P maapkan sayaaaaaaa ^__^

.