img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, December 29, 2012

Kuih keria pulak.


Hari ni dalam sejarah. i tak pernah buat kuih keria... tolong mak buat pun tak pernah.. selalu tengok je, tahu tahu eh dah siap ngap ngap sedapnya.. buruk perangai! padahal simple gila kan. ntah apa yang merasuk tetiba i rasa nak try buat. hehe.. lagipun ada ubi keledek.. bukan susah pun, rebus, lenyek, gaul dgn tepung, uli, buat bentuk, goreng, masak dgn air gula.. tadaaaa siap! :') 


Kalau orang lain tu pejam mata pun  boleh buat.. huhu.. tapi takpela, sebab i tahu i camne, kiranya dapat buat kuih yang simple ni pun dah rasa bangga gila! kuikui.. i memang tak pandai masak, tapi takdela langsung tak pandai.. masak simple-simple boleh la.. nak masak yang hebat-hebat tu, malas lebih pastu takut nak cuba sebab takut tak jadi, kalau tak jadi kan membazir? haha alasan betul, :P ala kalau ada resepi, ada bahan, semua orang boleh jadi masterchef kan ^__^


Untuk pertama kali ni, gambar tak sempat nak amek, sebab penat tak hilang kuih dah habis. haha.  i buat 20ketul je, pastu cinonet cinonet..  :D rasa macam kuih keria, bentuk pun kuih keria, tapi tu lah bentuk dia cam pelik sikit. hahahaha.. mcm terpenyek, kan patutnya dia ala-ala gems sikit, argh  takpela asalkan bila orang tengok takdela sampai tertanya.. eh ni pebenda? sentap tau :P 


Ayra pun sibuk nak tolong i kat dapur. Dahla orang tu perasan big girl sangat, taknak dah masuk walker, walker pun dah simpan.. sangat bahaya okay dia jalan-jalan keliling kaki i, last-last i masukkan dia dalam washing machine..  duduk dalam tu diam-diam :P



Hihihi kasi belajar kenal-kenal washing machine tu, nanti boleh basuh baju sendiri :D Eh, hari tu awek ni dah pandai bukak peti ais....... peti ais kan ketat.. ntah mana datang kekuatan, eh eh anak mak memang kuat. cuma sekarang ni dia batuk-batuk pulak, kesian..... hm tapi takpela, nak besar kan, biasalah tu demam sakit sikit-sikit.. :)


Eh baru perasan dah masuk hari sabtu, ni kisah hari jumaat ye :P
Tata.

.