img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, January 20, 2013

Ayra jalan terkedek-kedek, balik kampung.




video 
Berjalan terkedek-kedek.. hihi.
 


Hari ni balik kampung, sebab nenek dah call banyak kali. HAHA.. kang kalau tak balik macam derhaka pulak kan :P Padahal dah cakap balik nextweek, nextweek kan cuti lama sikit. Tapi takpela.. bukan jauh mana pun.. siap boleh balik hari je.. :)


Rupa-rupanya, suruh balik sebab takde siapa nak makan durian, langsat, manggis, rambutan tu semua.. Omaigad, nenek i comel sangat. Haha.. yelah, kalau balik lambat-lambat, kang busuk camtu je kan.. Tapi tulah slek, i mana makan buah-buahan tu.. i kan mengada :P hehe, i makan rambutan je. 


Ayra pun seronok la, kat kampung luas sikit dia nak menjelajah. Hihi, maklumlah rumah kat sini ni comel-comel je.. hehe.




Poyo je macam apa ni...?? haha...
 

  

Dua bijik rambutan..... nah amek :P Eh tetiba mata anak i cam sepet lak.. hehe..



Jangan main-main sama keturunan Haji Saman, kang kena saman nak? Haha matilahhhhhhh kutuk nama moyang sendiri :P kikiki.. tapi i pun tak pernah jumpa haji saman tu :P cuma bini dia je.. a.ka. moyang i lah, still hidup lagi.. i taktahu umur berapa, tapi still cargas.. takdela cargas cam kita muda ni, cuma yelah still boleh berjalan, boleh bercakap.. sakit tua tu biasalah kan.. ;)



Tengok la, i macam mak-mak yang kepochi sangat :P kikiki. Ni lakonan je, takde de dia nak berdukung.. menyampah! haha.. seboleh-boleh nak lembikkan badan supaya dapat turun, memanglah dah boleh jalan, tapi i risau dia jatuh :/ sebab dia ni bukan tahu apa pun, semua pun nak redah.. nak langgar.
 



Sepanjang perjalanan balik tadi, Ayra tidur dalam kereta.. sampailah kat rumah baru dia bangun. I dah risau kot-kot dia taknak tidur pastu kan.. tapi alhamdulilah, pukul 12am tadi dah selamat zzz.. I je yang takleh nak lelap, perut sakit sebab teroverdose makan rambutan.. -__-


Ni cite hari sabtu tau.. bukan hari ahad.. ;)


 
 


.