img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, January 31, 2013

Vaksin, perlu atau tidak.

Macam mana nak cakap eh..
Dulu-dulu masa takde anak, i taktahu pun ada orang yang anti-vaksin. I ingat, semua mak-mak akan bawak anak pergi cucuk, kiranya benda tu wajib lah. Huhu. Iyela, mungkin jugak sebab faktor orang sekeliling i yang semuanya bawak anak pergi cucuk kan.


I ingat lagi, masa adik i nak daftar sekolah, pihak sekolah siap mintak rekod checkup.. tu yang i simpan dalam kepala otak, kalau takde rekod checkup, nanti susah nak masuk sekolah. Wahaha. Tapi rasanya sekarang ni macam takde dah, ke sekolah adik i tu je mengelabah :/


La ni, bila dah ada anak. Baru la i tahu, rupanya tak semua emak pun bawak anak dorang pergi cucuk-cucuk ni. Sebab, yela... vaksin tu kan macam kuman eh? Ala, tak reti la nak terangkan. Maklumlah Biology masa SPM dapat B4 je. Haha.. Tapi kononnya, masukkan benda yang tak elok lah.. Ada siap cakap, dalam certain vaksin tu ada virus vavi. Hoih apakah ini semua.. :/ Dahtu, ikut yahudi lah, bla bla..


So, macam mana i? Adakah i teruskan nak amek vaksin, jabs anak? Hihi.


I rasa, kalau benda tu betul-betul tak elok, kenapa kerajaan tak halang je kan? Negara kita negara Islam kan.. Mesti ramai golongan alim ulama akan membangkang. Ke ada yang membangkang cuma tak didengari kerajaan? Ntahla.. I tak pasti bab tu, tapi kalau ikut pemikiran i sekarang ni, camtu la.. kalau betul benda tu tak elok, mesti akan ada tindakan. Ni dah berzaman.. lek-lek je..


Kerajaan siap bagi free lagi. Bersyukur lah kan. Bayar pun rm1 je kan.. Hihi.  Tapi kalau kat swasta, mana nak dapat rm1, doktor bercakap je dah kena cas berapa, hoih doktor takyah cakap lah, teruskan cucuk dahla -__- Tapi takpe, pilihan di tangan anda nak checkup di mana, tepuk dada tanya selera, selera mau prince court, macam mana? T_T


I pernah la cakap dekat Wan, takyah la bawak Ayra pergi cucuk. Tapi Wan cakap, bawak jela.. untuk badan sikecik tu jugak.. lagipun Ayra tak nangis pun kena cucuk. Kalau nangis macam pondan la, Ayra kan macho. HAHA... puih. Eh tapi ni, belum cucuk lagi yang setahun punya. ntah bila nak mahu cucuk.. grrr :/ Esok kot.. Tapi Ayra selsema pulak sekarang ni, ntah boleh ke tak cucuk tu.. :/ Anw, semalam timbang.. berat terkini, dah 9.8kg... Ayra tak debab, i tak rasa dia debab, tapi bila dah ramai sangat yang cakap dia besar.. i redha jela.. *sambil jeling Wan, anak bapak betul.. * huihui.


Eh, i tak pulak cakap siapa yang taknak amek vaksin tu salah. Bukan eh.. Pendapat masing-masing, suka hati la nak buat apa. Anak masing-masing. Siapa tak sayang anak? Kan.. Semestinya setiap emak tu nak yang terbaik untuk anak-anaknya.. :) peace no war.. xoxo :P









.