img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, February 12, 2013

Ahad di De Palma.



Hari Ahad hari tu, ke sini sekejap. Ada mesyuarat koperasi. Bukan i pun, i takde kena mengena, saje mengedikk.. menyibuk.. yang penting dapat makan best lepas mesyuarat kan? kahkah itu motipnyaaa.. :pp Ada pool, tapi macam tebiat apakah nak mandi-mandi lak, sebab panas gilaaa time tu.. 2petang, memang panas lah kan.


Jumpa batu, masuk mulut. Syabas anakanda, bonda bangga T_T


Batu ni kan melekat, tak dapat kutip, makanya terus jilat jela.. Syabas lagi sekali T_T


Peduli apa menangis, gambar tetap gambar :p kuikui.


Menjerit-jerit, intai orang kat bawah.. Anak sapeeela tu. Anak si Ridzuan :P huahua.. Tunggu orang-orang lain.. lambat betul datang.. kikiki.. lambat datang, lambat habis meeting, lambat makan.. huahua kebulur betul :P


Dalam bilik mesyurarat, tak reti diam.. Nasib baik la mesyuarat tu bukan la formal sangat, kalau tak.. memang kena halau laaa :p hehe. Dah puas ke sana- kesini.. boleh lak dia ni memberak. Haha. Sabar jela.. Anak berak emak kena la seronok kan? Kuikui. 

Bila kena -haip-.. bertahan la sekejap statik camni... haha.. kelakar...

Curik pensel.. Haha. Eh bukan curik, amek je.. dah dibagi, kita amek jela kan.. tapi amek tak beragak, banyak gila.. kuikui.. nampak tak boring? pensel pun nak diamek gambar, ada banyak lagi benda merepek i snap, aircond, selipar, gelas, bla bla.. Haha.

Meeting dah habis, dah makan semua, boleh la teruskan perjalanan balik kampung.. Ayra pun masuk kete terus tidur.. Hihi. 

 
Okay, dah sampai kampung :)


Orang lain sibuk punggah barang, si kecik ni pun sibuk jugak.. buat kerja-kerja dbkl.. mengutip apa yang boleh dikutip. Haha.. Bertabah jela....... :D


Tu lah cerita hari ahad, hari isnin kat kampung.. hari ni.. tadi pukul 2pm baru sampai rumah.. cuti panjang tak kemana pun. Tapi.. err.. sayang, nanti kita nak g honeymoon kan? Hahahaha.. Okay dah, nak makan.. laparrr.. makan laksa, ada jiran buat baca yassin ni, i tak pergi pun baca yassin, datang makan je, kwangja kan? kuikui.. biasalah manusia ni kalau buat baik, liat sikit.. banyak sangat setan.. :S

.