img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, February 25, 2013

Tiga belas bulan.


Esok 26hb. 13bulan. Haha over je nak mengkira. :p
Belum bercakap dengan fasih, cuma suka ikut hujung-hujung perkataan kita.

Dah boleh faham arahan simple.. Contoh,

  • suruh amek botol susu - dia akan carik boto; susu, takpun dia akan pergi tempat letak bekas susu.

  • kalau nak keluar, suruh dia carik shoes. dia akan carik dulu baru keluar.

  • kalau kita cakap, 'tunggu kejap eh, jangan pergi mana-mana'.. dah faham, insyallah dia statik tak kemana-mana

  • kalau cakap jom mandi.. dia akan lari dulu pergi bilik air. dahla sekarang ni pantang orang masuk bilik air, sibuk je nak main air.. bahaya betul.

  • kalau tengah-tengah merengek ke apa, menangis tak kena.. cakap kat dia.. "jom tengok upin-ipin".. terus masuk bilik pergi kat pc/laptop. Haha sebab mak takde ipad, tab, handset smartpone, maka tengok dari laptop/pc sahaja :p


ada la benda-benda simple yang lain, kira memang nampak la.. Ayra dah big girl. ^_^


makan tak memilih, nak je makan.. susah nak tengok dia tolak makanan. tapi pernah try bagi dia coklat, sebab sibuk je mengendeng, bila sua kat mulut, dia juih-juih je, main-main.. haha buat muka geli. pastu pernah try bagi inti roti gardenia coklat yang 70sen tu, pun sama. bagusla.. coklat untuk budak kecik tak bagus :D mak je boleh makan, hehe.


dah, tu je. i kalau menaip, suka panjang-panjang. heheh.. ni tetiba rasa lapar pulak, nak pergi makan lah.. i kan dah kurus *matakeatas*, i kan dah tak buncit *lagikeatasmataatu*.. sebab tu tak kisah makan bila-bila pun.. erghhhh, nafsu makan macam ............. kbai.


1 comment:

DYatie ABakar said...

Hihi. Arissa hari ini dah 13 bulan jugak. Br je nk taip milestone dia. Baca dulu ttg Ayra. ;)

.