img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, March 30, 2013

Borak kosong.


 Pengkacau.

Ni la kawan-kawan Ayra, memang besar-besar. Dan, semua nya ni is my assistant :p Kalau takat nak mintak tolong tengok-tengokkan Ayra kalau kita nak mandi ke basuh baju ke apa-apalah.. memang boleh saje :p Lelagi sekarang cuti sekolah kan. Hahaha...Takat nak tidur 30minit pun takdehal.. nak mengcengkelat rehat-rehat ke apa.. Kahkahkah teruk punya perangai.


Pagi-pagi dah datang, nak mandikan Ayra.
Petang-petang pun sama.
Kalau Ayra dah siap mandi dulu, muka kecewa je.. tak boleh bla betul.
Pernah satu hari tu, Ayra is berak, siap tanya 'kak nurul, kita nak basuhkan berak Ayra boleh?" HAHAHAHAHA sampai camtu sekali, tapi takdela nak amek kesempatan pun, anak berak, biarlah kita basuh, benda kotor kan.. 


Kadang tu dorang gaduh sesama dorang. Ala gaduh budak-budak kan, hari ni taknak kawan esok kawan balik :p Gaduh sebab berebut Ayra. Hahaha.. kelakar je.. 


 Comel tak kak ton dengan seluar oren tak boleh bla? hee



Hari ni sabtu, apa aktiviti? boringnya duduk rumah. harap-harap tak hujan la petang nanti, boleh gak tengok dunia sikit.






1 comment:

~Leyyatasha~ said...

huhu comei je ayra.
wah siap gado berebut ayra lg eh..
btw, salam kenal :)

.