img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, May 9, 2013

Kidzona, Satay Station.

Tak pernah pun pergi Aeon Setiawangsa. Ah nak sebut jusco jugak boleh? Tak biasa nak sebut aeon.. cea padahal menaip.. lantak situ :p


Hari isnin ke bila ntah, saje cakap kat Wan, jom pergi kidzoona.. sebab murah kan per entry.. tu yang nak usha-usha.. kenapa murah.. tak best ke.. bla bla..


Yang Wan lak ingat nak g kidzania. Hahahhaha...
Kidzania tu kalau Ayra dah besar boleh la.. :p
Boleh la kita ke curve.. sebut pasal curve tetiba teringat ikea.. tetiba teringat meatball. Ehehe.. I kalau sebut ikea takde de nak fikirkan almari apa semua.. aku cuma ingat meatball aje.. -makan-makan-makan :p


Dah tahu la kenapa murah. Sebab tak best pun mainan dalam tu. Hahaha.. Kecik.. tapi kira berbaloi jela kalau dengan harga tu (rm5/hari biasa-rm10/cuti).. kau jangan nak kecoh lah kan, kalau bayar murah pastu nak bising-bising. Lain la kalau bayar rm100 kan :p.. so duduk je situ diam-diam teman budak kecik tu main, walaupun Ayra takde la excited pun.. biasa-biasa je dia tu. Huh!! Takde perasaan.


Balik tu, singgah satay station. Dah nak sampai rumah, pastu patah balik sebab tetiba i sebut nak makan satay.. kihkih.. kitorag pergi yang kat titiwangsa, padahal kat selayang ni.. kat siantan tu kan ada satay station jugak?? hahaha.. lupa... 


Oleh sebab Ayra sangatttttt lah 'menjaga tatasusila'.. i terpaksa bagi dia makan satay.. baru dia behave sikit.. duduk diam-diam makan.. tu pun lepas makan dia nak berjalan-jalan.. adoi dahla tahu la yang kat titiwangsa tu kan.. gerai tepi jalan je.. huh! kereta lalu lalang apa semua..


Tu pertama kali i bagi Ayra makan pelik-pelik sikit. Satay ayam, takdela pelik. Tapi kan dibakar.. boleh menyebabkan kanser.. dah-dah, dah kenyang dah pun dalam perut, jangan nak dipersoalkan. Haha.. I memang la bukan emak yang obses dengan homemade solid food... tapi tu taklah bermakna i slumber je nak bagi ayra makan macam-macam.. sampai sekarang ni, gula-gula lolipop apa semua tu... memang belum lagi la bagi.. sebab rasa macam dia terlalu kecik untuk itu semua.. 


Oh esok expo baby kat mid kan?
Wan sibuk...... macam mana nak pergi? Tapi kita tunggu kot ada sesape update pasal expo tu.. best ke, besar ke.. baru la suarakan kat Wan nak pergi jugak. Heheh kalau suarakan sekarang, padahal  tahu dia sibuk, dah la dia kan tak boleh kalau tak dapat tunaikan apa i nak..nanti beliau stress sendiri. Hahaha.. padahal i leklek je..  i kan nak jadi isteri yang memahami.. Hahaha.. tapi ni dia baca ni, dia tahu la.. i nak pergi :p kahkahkah.. hi sayang :*


Gambar kat kidzona dalam ipone, belum copy ke laptop ni lagi.. nanti jela tayang gambar. hewhew.. tu pun nak kecoh kan, argh lantak :p 


Okayla, i nak tidur.. Ayra pun dah sampai ke bulan agaknya.. eh tetiba bulan? hehe.. ini kalilah. eh politik lak.. stop politik, menyampah! jangan nak extrem.. makin extrem, makin nampak kebodohan diri sendiri.. lek-lek dah la.. ntah bila demam pr13 nak berakhir....annonying dengan mereka yang terlampau taksub.. :/




No comments:

.