img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, August 4, 2013

Cheesecuit tak laku. Susu & diapers naik harga.


Cheesecuit yang tak laku. Gigih tau i carik cream cheese, memalam pergi NSK, tapi rupanya nsk takde jual. Pastu pergi pulak Mydin, pun takde jual.Takde jual jenama Tartura/Philadepia(takretieja), jenama lain  adalah. Kang ku beli ntah rasa apa merepek pulak, so takyah beli.



Last-last hari apa eh lupa, pergi Tesco kat Taman Wahyu tu, sebab nak beli air botol Mirinda. Rm1.95 kot sebotol. Murah la tu kan? Beli la sikit. Hehehe tahun lepas lagi murah, tu yang Wan borong sampai enam katon kot, gila. Nak mandi dengan air gas agaknya. Hikhik..


Kat Tesco.. ada jual. Tapi takdela nak gagah buat balik tesco tu, sebab kepenatan yang melampau, baik tidur je. Esoknya baru buat benda alah tu. Alahai senang je pun. pejam mata pun boleh buaat hahaha..bahan-bahan pun simple je.


SEKALI.......


Bila buat, serius tak berapa nak kena tekak. hahaha!! rasa mual la.. manis pastu.. dengan cheese semua tu.. kembang tekak. Wan lagilah menyakitkan hati.. i kan cam poyo-poyo cakap nak buat kek, padahal bukan kek pun.. muahaha.. sekali pakcik tu cakap.. 'sedap, sedap macam kek sr'.. #matakeatas... urghhh!! kang aku baling gak ko ngan lesung batuuu.. hahaha.. takpe, makan jela sikit-sikit... nak buang sayangggg............. banyak tu... :'(  membazir amalan syaiton :/

 Dah berapa hari dah ni.. masih ada lagi.. hahahah.. muntahhh makan! :/



Ohye sebelum pergi tesco tu singgah beli susu Ayra kat tempat biasa. susu dah naik harga.. huaaa.. selalu rm79.90, hari tu dah naik rm81.90 (original+no sucrose).. kalau vanila rm80.90.. hah, i masih kasi Ayra minum enfagrow original.. campur dengan novalac.. tengoklah nanti, kalau habis yang ni, baru tukar s26gold.. kalau sesuai kita guna jela s26gold.. kalau tak, takpela, minum jela enfa + novalac..Novalac tu minum untuk bagi tak sembelit. Kalau tak, kang tak pepasal je sembelit.. arghhh peninggg lah pikir pasal susu yang sesuai. ada gak terasa nak tukar minum karihome (susu kambing).. takpun susu ILHAM(susu yang ada bacaan juzuk al-Quran).. malas fikir, bye. hahahaha..


Bukan susu je naik harga, Ayra kan sekarang pakai Drypers, Drypers pun dah naik harga kott.. Apakah semua benda nak naik harga? Ingatkan harga ayam je ekekekee.. tapi dengar-dengar kat Giant ada promosi, rm30.99 camtu, takpergi check. Nantilah.. bila la nak freeeee diapersss niiiii hikhik takdela takkisah pun cuma taknak la paksa-paksa Ayra, tunggu dia dah ready baru senang nak membebaskan Ayra dari berpampers.. kang asyik accident je.. jenuh lak nak mengelap najis mutawasitah :P muahaha.. eh najis ayra kira najis apa eh.. adehhhh lemah lak bab agama ni.. ada tiga jenis kan.. yang babi/anjing tu tahula.. pastu satu lagi airkencing bayi bawah 2tahun yang cuma minum susu ibu.. pastu.. err kena check buku balik ni.. huh! failedd la kau nurul. ://


Semua untuk budak kecik ni.. budak kecik yangggg dah big girl sangat kononnya :p hee.


Stock bahan mentah kat rumah ni dah habis. Esok sampai rabu akan bertapa kat rumah family Wan kat tasik puteri.. :) rabu malam baru balik sungai besar rumah nenek i.. ohye makayah i dah balik tadi dah.. gila awal.  Rabu tu Wan dah cuti, tapi dia nak jugakk tunggu mama masak ketupat. Layankan jela, kang kalau tak dapat makan ketupat maknya tu, mahu sebaldi air mata.. #drama :P HAHAHAHAHA takdela, gurau je... raya pertama dgn malam raya tu la saat yang syahdu tapi best sebenarnya, masuk raya ke-2 ke 3.. dah tak sama dah perasaan tu.. huhu.. tu yang boleh bercekau raya mana dulu. hikhik..





















1 comment:

Mimy Hamid said...

s26 je sis....murah sikit la ...dik ko kelakar la bab chesekut tu hahaha

.