img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, May 23, 2014

Keluar kejap.

Hari ni dah jumaat. Sekejap je kan? Huhu. Minggu ni ada wedding kawan sekolah. Tapi taktahu la boleh pergi ke tak. Kot nya pakcik tu nak balik rawang, tak dapat la nak g kenduri kahwin tu. Tapi sebenarnya takdela jauh pun kalau nak pergi boleh je, cuma macam err tahla.. nak ulang-alik bazir minyak je.Tengok la camne. Kalau tak balik minggu ni, minggu depan lak memang konfirm tak boleh nak balik rawang sebab ada kenduri tahlil arwah atok i kat hulu langat. Haha dilema sangat kalau rumah mak/makmertua dekat ni kan? kalau tak balik cam kwangja je :p hikhik. tapi kalau duduk jauh dengan family lak, lagila dilemaaa nak balik sebulan sekali pun kadang takde bajet acane? huhu apa-apa pun bersyukurrrr.


Hari ni bangun-bangun pagi rasa stress. So jom la ayra kita keluar jap. Hilangkan stress. Kehkeh. Nak pergi kl macam malas la pulak. Kita pergi mall yang terdekat ajela, selayang mall.. wakakaka.. jadilah, janji ada perkataan 'mall' :p Memula tu macam nak pergi times square, tapi ku fikirkan aku berdua je dgn ayra ni, takut pulak tetiba :p ceh cehh sejak bila tah penakut..


Konon nak terjah mr diy kat selayang mall tu, cari barang untuk homescholing si kecik tu, tapi bila sampai sana, boleh pulak diy tutup hari ni, sebab tengah kira stock. Cis! Kuciwa. Kita makan kfc jela. Sebab ayra dah mintak nak kfc nak kfc. Kang tak beli malu lak aku orang tengok :p hahaha... layankan jela.  setel makan, kita masuk popular, beli barang bla bla. Jalan-jalan jela kat selayang mall. Masuk parkson apa semua. Tapi takde sales yang best, so takde la beli baju :p kesian ayra, kemain je mintak nak baju nak baju. Next week baru ada jualan gudang parkson tu, baru la berbaloi nak beli time tu.. beli sekarang rugi :p ibu kan joblesss :p


Tadi konon nak beli la kek seketul. Pastu tetiba rasa macam.. 'kau dah gemuk nurul, boleh tak jangan nak makan je'.. HAHAHA.. terus tak jadi. Berjaya la mengpsiko diri. Puii! Tapi ni tengah taip ni teringin nak red velvetttttt :'( kahkahkah.. 


Ayra okay je tadi. Cuma, ada part tetiba dia bukak selipar jamban dia tu, taknak berjalan. Nak berdukung. Kalau tak didukung dia terus duduk katak hahaha. Sabar jela aku ni.. Dukung la 2-3saat, pastu terus cakap dengan nada saspen.. 'ayra ayra, tengok tangan ibu ni, berdarahhhhh'.. HAHAHA baru la dia nak jalan2. Kehkeh. Gila kau nak berdukung sepanjang masa je? Memang patah tangan la.. huhuu..








Tiap kali jalan berdua, mesti orang akan tanya, 'adik eh?' Kau rasa nak bangga ke apa?? KAHKAHKAH.. sebenarnya rasa macam orang2 tu nak ambil hati je, supaya kita beli dengan dia.. kau tak nampak ke perut ku yang macam orang mengandung ni?? dahla badan langsung tak macam anak dara kot.. makcik2 adala.. huhu.



.