img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, July 18, 2014

Sembang dengan otak.

1:19am
Baru lepas makan. MAKAN NASI. Bukan sahur. Supper. Nanti pukul 5bangun lagi, makan nasi sekali lagi. KAHKAHKAH.. bagus kan? Pastu bising-bising dah gemuk apa semua. Huhu. Nak tidur, macam kwangjak sangat dengan perut ni- pas makan terus baring, apakah? so untuk kurangkan rasa bersalah tu, kita update la belog kejap sambil duduk-duduk ni.


Hari ni dah masuk hari jumaat, lebey kurang seminggu je lagi.. 9-10 hari je lagi kita puasa. Kejap sangat kan? Persiapan raya camne? Ceeee raya je kau ingat kan. Amalan-amalan lain tak reti nak buat ke-- peh taip ni rasa macam menikamnikam kalbu lak, terawih pun tah kemana -___- tah-tah tahun depan jumpa lagi ke tak ramadahn. Aaaa sedeh!!


Persiapan raya, macam tu jela. Baju raya ayra, baju kurung memang takde beli lagi. kat mana eh nak carik baju kurung budak yang kain best, tapi murah-murah je? hahah taknak la sampai rm50 keatas apa semua. nak carik baju kurung biasa je, takyah nak pesyen2. Bila eh, malam isnin hari tu kitorang ada pergi jalan tar, bawak mak & adik i. I adala usha-usha baju kurung untuk ayra, tapi macam tak banyak choiceee, pastu mahal. HAHAHAHA.. takdela mahal apa pun, cuma i tak jumpa yang harga rm30-rm40.. paling murah pun rm45 camtu. Nak masuk Jakel, masa tu jakel dah tutup lak. So, apa cita baju kurung ayra ni Papa? 


Pastu tudung lak, ingat nak carik kat muaz je, selama ni tudung-tudung ayra beli kat muaz je pun. murah. tapi tula, kena pandai carik gak, kadang kain panas apa semua kan. huhu. anak dara tu kan kalau nampak tudung, sibuk nak pakai tudung.. so sajela gedik-gedik nak pakaikan dia tudung. lagipun dia memang tahan tak buka-buka, mungkin dia sedar diri lah kot, rambut macam takde-takde je, baik aku pakai tudung gitu. KAHKAHKAH bila la nak rambut lebat ayra oii.. :'( dah dua tahun lebih dah ibu tunggu. eh tapi kan, dulu-dulu selalu baca belog Ceera, si Keisha tu masa kecik rambut pun takde-takde gak, tapi ni dah besar, cantik kot rambut dia, comel je. harap ayra pun camtu la.. nanti dah besar sikit, rambut pun maju tumbuh gak la.. insyaAllah.


Baju raya i lak, alhamdulilah.. dah setel- kalau rajin nak jahit lace, kalau malas biarkan. Tinggal nak carik tudung yang mecing-mecing, & nak mintak Wan belanja kasut satu. AHAHAHAH boleh? Tapi ni tak terucap2 depan2 lagi-bzzzzzzzzzzzzzzzz sangattt nak mintak kasut, mintak kat belog je dulu, dengan harapan beliau akan membaca. Kekekeke. Tahla, i ada peel memang tak suka mintak2, kalau dia bagi, i amek, kalau takde, i senyap. Mungkin sebab i sedar diri, banyak benda lain dia kena tanggung, yelah i kan jobless, dengan study i apa semua. Kesian lak nak mintak2 benda lagha kat dia. Ceh! Mithali sangat bunyiknya. Padahal......................... kuikui sendirimauingat.


2.03am.
Okayla mata pun dah ngantuk, cukup2 la rasa bersalah kat perut, nak join ayra tidur. Ohye Wan takde. So kita berdua jela dengan ayra. Takpe dah biasa. Ayra pun tadi lepas call papa dia, dia terus cakap "papa takdek balik, iya tidur atas, kat bawah ada lipas" kehkeh! padahal takde lipas pun, tetiba je alasan sangat.  Dah dua minggu++ ayra tidur bawah.. kalau sebelum2 tu memang kitorang tidur ber-3, bayangkan lah, seksa tak? bersempit2.. hehe. Gudnite!




Bila dah sorang-sorang ni, bercakap dengan siapa je? cakap dengan diri sendiri jela. bercakap dengan otak-lahirkan kat belog, gitu.









 





.