img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, August 2, 2014

Raya 2014.

Selamat Hari Raya!! :)
Tahun ni turn raya belah Wan.
Hari sabtu lepas shoping last minute baru kitorang balik Rawang. Alah rawang je kot, lek rr kan. Hari ahad duduk rumah jela.. takde kemana-mana. Takde nak berhimpit carik pasal kat jalan tar ke hape, takde. Cuma malam tu kitorang balik Selayang balik sebab amek barang, hihi. Rumah dekat boleh rr ulang-alik kan. Tapi takdela dekat sangat-sangat pun, 40-45minit camtu la. Tapi sebab dah biasa, tu yang rasa dekat je..


Raya pertama kitorang pergi Batu Pahat. Wan cakap, maybe gerak lepas subuh camtu, karang sembahyang raya singgah la kat mana-mana. Si pakcik tu sibuk la set jam 4.50. Tapi tak bangun-bangun pun. Dahla alarm bunyik annoying. Bayangkan lah alarm bunyik dari 4.50am-sampai 6lebey camtu. Yang i lak tiap kali alarm bunyik, i tepuk dia pergi suruh mandi. HAHAHA.. 'wey jam ko dah bunyik tu, pergi mandi, bising'. KAHKAHKAH mithali tak bini cakap macam tu? Zzzz. 


Yang i ni kejap-kejap terbangun, tak dengar bunyik apa-apa pun kat bawah. Dah pelik dah, dorang ni tak jadi ke nak gerak awal ke apa kan. Malas nak fikir apa-apa. Bangun, terus mandi. Lepas i dah mandi, ayra lak bangun.. mandikan ayra lak. Kiranya pagi tu, kitorang dua beranak jela yang beria siap pakai baju dulu. Hehe.. Pastu dah siap apa semua, i turun bawah tengok barula dorang bangun apa semua. Rupanya malam tu dorang tidur lewat, anak buah i mengamuk ke hape taktahu... pukul 4lebey baru tidur. Ooo begitu ceritanya... last-last sembahnyang raya kat masjid area rumah je, pas sembahyang raya baru gerak Batu Pahat.


Odw nak ke Batu Pahat tu, singgah Melaka jap. Gerak dari rumah pukul 10am camtu, sampai Batu Pahat nak dekat pukul 5. Hahaha.. Penatnya dok dalam kereta... jalan tak la jem pun. Cuma yelah, tak jem pun, paling cepat 5jam baru sampai.. Kat Batu Pahat tu sedara belah mama (mil), tinggal adik beradik jela. Atok/nenek dah lama takde. Dorang pun jarang balik BP tu, kalau ada kenduri, or apa-apa jela baru balik.. Kitorang tak stay sana pun, lepas beraya sana-sini.. balik Rawang malam tu jugak. Tu yang sampai Rawang malam tu pukul 3lebey pagi. 


Wan cakap i banjar asli. HAHAHA bongok~! Dia taktahu ke kaler block :p kekekeke.. padahal memang i tak plan nak pakai tudung apa, tudung tu ingat nak pakai untuk baju raya ke-2, dah last-last malas nak pening-pening belasah jela..

Raya kedua lak kitorang pergi Ipoh lak. Hahaha. Penat balik batu pahat pun tak hilang dah pergi perak pulak. Jalan takjem, tapi kereta banyak.. hujan lak lebat gila. Dan sepanjang perjalanan pergi Ipoh i is tidur. Huahua. Ayra pun tidur la ofcoz.. kalau ayra tak tidur camne i nak tidur lak kan. I tidur sebab merajuk. Wakakakaka! Yelah, raya kedua tu dah tahu nak gerak pergi ipoh, semua pun macam lek-lek je.. berbulu je tengok Wan, dah bangun tak reti nak mandi, hadap pc buat apa tah.. padahal i dengan ayra pukul 11lebey dah siap apa semua. Tahu tak gerak pukul berapa, lepas zohor? Dia ingat ipoh tu macam JALAN IPOH? dekat. 


Yela. Wan kan cuti sampai raya ke-2 je, i ingat lepas balik perak kalau gerak awal-sampai awal, boleh la singgah sabak bernam lama sikit. I memang akan stay kat sabak bernam, tapi kalau dah sampai sabak bernam tu tengah-tengah malam, apa cite lak? dah dia kena kerja raya ke-3, pastu datang just drop i dengan ayra sekejap, tak ke macam kwangja.. haihh.


Merajuk macam budak-budak! Hahaha. Ni kat KPJ Ipoh.. melawat orang sakit-taksakit-sakit. Orang nya sihat je, cuma kena teruskan amek antibiotik. Time ni ayra lak buat perangai, memang aku masam jela.. penat kot. tapi takdela dalam wad depan2 family Wan i buat peel, ni kat luar... hihi.. kaver sikit perangai tu nurul.



Sampai sabak bernam pukul 11lebey camtu. Masa tu pakcik2 i semua tengah bakar lemang. Hehehe.. Baru la muka ada sinyum sikit.. huahua.. tak, bukan nak cakap raya belah Wan tak best ke hape, i okay je, cuma sebab family Wan kecik kot, just family dia je.. tu yang rasa macam syahdu jeee.. samala jugak kalau nanti nenek i dah takde, pastu makayah i beraya kat selayang je, kitorang 3beradik.. alahai tak feel kot raya camtu.. ni balik kampung rumah penuh 7adik beradik mak i, bini-bini pakcik i, cousin2 lagi.. baru la raya kalau camtu kan.. rebut-rebut bilik air, budak nangis bergaduh, bising-bising.. tidur ramai-ramai kat hall.. suasana tu yang buat feel raya.. huhu..  



Wan lepak kejap kat kampung, pakcik2 i semua sibuk hasut dia cuti jela bla bla.. hahaha! tapi memang tak boleh la kan... malam tu dia balik rumah. I pun macam okay, takpela.. i dengan ayra nak raya kat kampung dulu. Last-last, esoknya, petang camtu lepas habis kerja dia pun sampai sabak bernam balik. Hahahaha..!! Suprise sangattt.. So sambung la beraya kat sabak bernam sampai jumaat. Jumaat malam, pukul 10 baru gerak dari kampung. Singgah Rawang jap. Pastu baru balik Selayang. Sampai rumah pukul 1am tepat. Buat itu ini, pukul berapa tah baru tidur. Hihi.


Tu jela kisahnya... raya 2014 setakat hari ni.
Ohye, hari ni kengkonon nak keluar lah, tapi tak jadi.. sebab Wan kena settlekan kerja, ada high case kat Ampang. Boleh je nak ikut, tapi malas la.. sebab kalau high case selalunya amek masa untuk settle, kang terpongek taktahu nak buat apa, pastu ayra buat perangai.. ha tak pasal-pasal ada naga kat ampang tu kang.. hehehee.. So kita duduk rumah jela golek-golek..









 










.