img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, September 30, 2014

Satay Hut, Tanjung Karang.

Ni jumaat last week. Dah cakap kat Wan, kalau dia pergi site kat Kuala Selangor, nak ikut. Nak makan satay kat satay hut. Memula ingatkan satay hut tu kat kuala selangor, rupanya silap. Kat tanjung karang lah.  Nasib baik dekat-dekat je. Satay Hut ni dekat dengan hospital tanjung karang, kalau kita dari kl, kena u-turn la sikit.


Baca review kat internet ni, ramai cakap sedap la apa la.
Tapi ada gak 2-3 review cakap biasa-biasa je.
So gamble jela kita cuba..


Satay cuma ada satay ayam sahaja.
Tapi ada dua size, kecil (0.80sen), besar (rm1.60).
Budak yang amek order tu suggest campur-campur amek sikit besar sikit kecik.
So, kitorang order 5besar, 10kecik.
15cucuk je kot.
Tapi tak habis.
HAHAHA.
Padahal selalunya, aku kalau makan satay.. 10cucuk sorang tu takdehal la.. (nafsu jin)
Ni, makan 1besar, 4kecik je.
Ke tak sedap sebenarnya?
Boleh la.. biasa-biasa je, takde la WOW pun.
Kiranya kalau semata dari kl nak ke tangjung karang semata nak makan kat sini, takyah la.. huahua..
Wan ada order mee bandung.
Pun biasa-biasa je, dia cakap tak boleh nak lawan mee bandunng kampung dia. Memang la, kalau nak pure, balik la pergi makan kat muar/batupahat sana. 


Walaupun satay dia biasa-biasa je..
Kitorang order gak la, tambah untuk tapau.
Nak kasi FIL rasa pulak.
FIL lak dorang pergi segambut rumah adik Wan.
So malam tu dari tangjung karang, kitorang terus shoot segambut jela.. jumpa kat sana.
Segambut-selayang takdela jauh
Lepak sampai 12lebey camtu.
Ayra pukul 8lebey dah tidur, berhenti makan pun dia tidur, letak jela atas meja.. memang mengantuk gila agaknya.
Dah sampai segambut baru bangun. Tapi kalau dia baru bangun tu, tetiba kat kawasan yang dia tak biasa.. memang bontot dia melekat kat atas riba ibu jela kan? Hahaha. Bertabah.........



Bukan aku eh yang mental amek gambar makanan. Wan ni.. haha.

Mee bandung dia ada 4ekor udang. Portion besar gak la, harga rm9 kalau tak silap.

Kat gambar tak nampak beza macam sama je kan.. tapi kalau tengok betul2.. yang besar tu memang besar la.. makan seketul pun dah macam makan 3ketul.


Nak makan kat sini lagi?
Aku okay je, takde la nak ban ke hape.
Bukan tak sedap langsung.
Cuma yela, biasa-biasa je. Cuma yang buat luar biasa tu, size dia jela..
Tu jela kot.
Nak makan goreng2 pun ada.
Abc dia pun nampak best.
Tapi kita kalau nak makan abc kita pergi shah alam la kan. :p


Sebelum singgah satay hut, petang tu kitorang layan cendol bakar kat ijok tu dulu.
Tapi situ banyak lalat la.. huhu. Macam tak bestlak pemandangan. Kena buat sesuatu la.. lap kasi bersih2 ke hape meja semua tu kan..


ni yang buat ayra pengsan awal tu.. lepak sini jap.. sementara maghrib.







.