img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, October 15, 2014

Jalan.

Hari ahad masa kitorang balik rawang tu.
Petang tu sajela round jasko sekejap.
Sebab ada orang tu mengidam nak grass jelly roasted milk tea. Orang tu aku la.
Pastu dah alang-alang kat jasko, takkan la beli-pastu-balik. So kita jalan-jalan la dalam tu kejap kan.
Terlalu la hushpuppies, sekali selipar yang kitorang baru beli tu.... kat situ ada 30%+5%. Ingatkan hari tu dah murah dah, dah untung sangat dah. Pasrah jela.
Sempat gak la masuk daiso. Kan macam ramai je cakap penyapu yang kita kover dengan tissue tu best la apa la.. so aku pun gedik la nak tengok camne bentukknya. Sekali alahai kecik je?Tak beli pun. Saje nak menyibuk. Adala beli barang sikit, ayra punya & Wan. Aku memang suka tengok aje, beli tak. Hebat tak nafsu? Rasa macam takde kepentingan, buat apa beli.


Pastu balik rumah, mandikan ayra apa semua. Kemas-kemas. Nak balik selayang lak.
Tapi tak terus balik selayang lah, singgah segambut jap makan2. Dengan family Wan. Ikutkan nak balik lewat ahad tu, nak tengok cite papadom, tapi dah fil nak keluar hantar anak buah balik segambut, so kitorang pun ikut jela keluar awal. Awal tak awal la, dalam pukul 9 dari rawang. Lepak makan2 semua, sampai selayang pukul 12.


Isnin lak, ikut Wan ada kerja kat melaka.
Sementara Wan kerja, aku melepak la kat mahkota parade.
Ingat nak jalan2 kat kota afamosa apa semua tu. Tapi, panas lah pulak. Tak tabah aku nak dukung si kecik tu tengah-tengah panas. So kita bertapa kat tempat ada aircond ajela. Nanti jela kita jalan2 sana tu, selalu kan pergi melaka, so takdehal la..
Ohye, sebelum tu, sempat gak la singgah coconut shake klebang.
Selalu tapau je kat luar tu, tak pernah masuk dalam. Ini kali kita try masuk dalam pulak.
Ada jual kuih macam-macam jenis, pastu ada nasi lemak keropok lekor apa semua. Makan kudap2 la.. Tapi ramai chinese je time tu. Tak kisah la.. nasi lemak dia okayla, takdela sedap ke hape, rasa nasi lemak lah.. takkan nak rasa mee goreng pulak. Kuih pun 3singgit. Kira masih murah la kan? sekarang susah kot nak cari kuih 3singgit. kalau ada pun halusss sangat bentuknya.

ni kat atas MP tu.. ayra suka la dapat naik benda2 camni..

Hari ni dah rabu.
Esok khamis, jumaat.
Sabtu-ahad-jalan-jalan time.
Hahahaha. Jalan-jalan cuci mata jela mampu, nak shoping tetiap minggu, memang takdela kan.Tapi tupun kalau ada yang sudi nak bawak keluar la (ayat hint).. kalau tak, kita pongek2 jela kat rumah, minyak kan dah naik? Krik krik........

.