img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, May 26, 2015

26hb.

26hb.
Hari ni genap ayra 3t4bulan.
Maksudnya jugak, lagi sebulan nak bersalin.
Sebut sebulan macam lamaaaa kan lagi?
Hihihi. Tapi ntahla..
Kalau adik lahir 26hb pun cun jugak.. Sama tarikh dengan kakak.. Tapi tula..
Tetiba rasa nak bersalin awal sikit. Boleh? Sebab 26hb tu dah puasaaaa.
Pastu hari jumaat lak tu.
Laki aku nak sembahyang jumaat la apa semua.
Pastu nurse/doktor puasa.. Bila puasa ni, nama je kena sabar, tapi biasalah manusia.. Mesti senang nak amukan. Seriau pulak aku memikirkan.
Tapi takpela, aku dah set dalam kepala otak.. Apa apa jadi, kita cool je.
Secool macam bersalin ayra dulu. Takde nak terjerit jerit, takde nak lembik mengada ngada.


Sekarang ni bersepah pulak kes orang buang baby. Yela, 9bulan yang lepas kan malam merdeka.
Paling ngeri, yang kerat 15 tu.
Pelik tak?
Dorang mengandung bersalin okay je, senang je..
Dalam tandas pun boleh..
Takde pulak, eh tetiba baby takleh keluar-emegency czer.
Kita ni, yang macam macam?
Tetiba ada itu la, ini lah..
Hmm. Ntahla.
Yang sebenarnya, aku takut nak bersalin kali ni. Hahahaha...
Tapi kalau tak bersalin, tak larat pulak nak bawak badan yang dah serupa dugong terdampar.
Dua dua kazen aku dah selamat bersalin.
Sorang belah mak, sorang belah ayah.
Aku ni je yang tengah menunggu....
Taktahu lagi nasib macam mana..
Harap sangat dipermudahkan....



Baru baru ni pun viral video baby yang kena lambung tu.
Aku tak tengok kat fb, tapi tertengok kat berita.
Terus rasa macam eh??? Pehalllll.
Takdela nak sepak terajang perempuan tu, kalau aku sepak ke hape, dah sama pulak tahap aku dengan dia.
Katanya buat macam tu sebab hasben balik lambat- anak jadi mangsa.
Nak salahkan siapa sebenarnya? Bagi aku yang paling bersalah tukang rakam.
Dah sah sah, mak budak tu tengah amukan, kau yang boleh berfikir, stop kan la benda tu dari jadi. Kau tu yang patut kena lambung, betul tak? Hmm. Kesian baby kecik tu.


Kita ni mak mak, hati lembut.
Takde mak yang tak sayang anak.
Yang buang anak tu, maybe terdesak.. Taktahu cara.. Nak tutup malu..
Tapi mesti bila dah tua, akan menyesal.. Betul tak?
Tapi taktahu la pulak aku dengan manusia yang dah 4 5x gugurkan anak, tapi still buat benda yang sama.. Ada. Ada manusia yang macam tu. Maybe faktor sekeliling, cara dibesarkan..
Kita bukan kat tempat dorang, takde hak nak hina memaki.. Ntah ntah, kalau kita kat tempat dorang, kita jadi lagi teruk..



Hahaha...
Termelalut lak.
Biasalah perempuan mengandung kan mudah beremosi.
Zzz.


Ohye, adik baby still takde nama lagi.
Tapi kita carik huruf a la kalau boleh.
Saje usik ayra, cakap kat dia nama baby pun ayra jugak, sama macam kakak.
Takdenya dia bagi. Dia cakap nama adik Mira. Eh? Kat semua orang dia bagitau nama adik dia mira. Hahaha.. Amira pun okay, tapi amira - puteri. Tu je maksudnya, simple sangat. Aku nak la nama yang ada maksud strong, bawak rezeki ke hape.. Dengan harapan cepat kaya. Eh. Pastu taknakla fancy fancy sangat. Biar biasa biasa je. Nama tu kan doa.
































.