img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, May 7, 2015

Cuti.

Cuti lama kitorang balik kampung. Tapi balik kejap je. 
Balik kampung pun sebab ada kenduri tahlil jiran nenek aku.
Makayah aku dah balik awal dah, jumaat dorang dah balik.
Kitorang balik hari sabtu, kenduri ahad.


Jumaat tu pergi check adik baby.
Alhamdulilah adik okay je.
Kedudukan okay, tak songsang melintang ke hape.. tapi still boleh pusing. Harap2 takdela dia nak pusing.. stay jela camtu. Perut memang dah padat. Tapi belum engage lagi. Bagus gak, aku taknak la bersalin awal, biarlah lepas exam semua. Sikit je lagi ni.. Baru boleh tenang tenang nak bersalin, etlis lepas la sem ni kan.. Gila nak tangguh, sayang la dah hujung sangat..


Perut aku kan memang kecik.
Orang lain scan baring rilek je macam biasa. Yang aku? Sampai kena mengiring. Tu pun susah nak scan. Takpela, yang penting semuanya okay.


Air ketuban 12. Okay kan? Risau jugak air ketuban leaking ke hape, yelah kita tak sedar kan? Sebab sekarang ni pundi kencing pun dah macam orang tua, tak boleh nak kontrol-kontrol sangat. Karang kita ye ye ingat terkencing ke hape, rupanya air ketuban.. kan ke naya.


Berat adik lak, baru 1.59kg. Lek la.. nak berat-berat nak kemana? :p Ayra dulu pun perut aku kecik gak, tapi okay je... lahir 3.23kg. Kang kalau besar sangat, aku lak yang ngeri. Huhuhu.





 Habis checkup adik, kita tengok movie lak. Macam biasalah, lambat sikit. Orang lain dah lama tengok Avengers. Kitorang baru nak tengokkk. Tapi macam tak best la yang ni. Banyak kena fikir memula tu. Malas betul aku nak berfikir.


Ayra lak, dalam wayang tu dia tak tidur. 30minit lagi cite dah nak habis baru dia lelap. Sebab nya, sebelum tu petang dia tak tidur, pastu masuk kereta odw lepas habis chekup tu dia dah terlelap kejap, tu yang mata dia segar je.. Hahaha..


Tapi dia okay je, cuma dia boring. Macam-macam la peel dia buat. Bercakap lah, kalau kita suruh diam, diam cakap ala-ala bisik pulak. Pastu gelak sorang-sorang lah. Hahahahha. Takpela, asalkan tak mengangu orang lain, or melalak sudahlah. Tak mungkin la melalak tu. Dia dah besar kan..




Habis movie, terus shoot balik Rawang. Sebab esok nya senang la, gerak dari rawang jela pergi sabak bernam. Dekat sikit.


Sampai kampung dalam 3lebey. Orang lain semua sibuk masak-masak. Kali ni balik kampung aku memang takde tolong tolong pun. Badan penat lain macam. Huhuhu. So kita tidur ajela.


Esoknya ahad, habis kenduri tahlil dalam pukul 3camtu. Semua pun gerak balik. Sebab nenek aku pun nak balik kl kan. So rumah kosong. Kitorang tak terus balik selayang pun. Singgah tidur rawang dulu. Biasalah, rumah dekat-dekat kan? Kejap rawang, kejap selayang. Camtu jela..


muka gemuk

tangan pun gemuk

Hari isnin lak, pergi stadium shah alam, pastu klang.
Penat kan makbuyong ni?
Tapi kalau duduk rumah lagi la penat. Penat melayan Ayra. Hahahaha. Budak tu, bila tidur je mulut berhenti. Kalau tak, ada je benda nak ditanya. Ya Allah, bertabah jela aku ni. 

.