img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, April 6, 2016

Hada Labo.

Muka aku takde jerawat. Jarang la ada jerawat. Kalau ada pun kecik, bila nak period.
So part jerawat mmg takde masalah.
Tapi, muka aku tak flawless.
Aku ada masalah blackhead whitehead. Tak best okayy.
Dari jauh nampak okay, tapi bila dekat buruk. Kikikiki.
Bersyukurrrr nurul, bersyukur ada muka.
Baiklah. Bukan tak bersyukur, tapi normal la kalau kita nak nampak lagi jelita kan? :p


Nak pakai skincare yang mahal, mana mampu. Student kan. Nak pakai skincare beli kat kaunter? Ohhh mmg jauh panggang dari apa, paling paling pun watson guardian je. 


Dulu aku pakai clean and clear untuk cuci muka harian. Remaja sangat pencuci muka aku kan. Hahaha! Mmg dr zaman sekolah pakai yang tu. Takde masalah apa2. Cuma iyela kulit takdela cantik. Pastu guna st ives kalau nak skrub. St ives apricot. Kaler oren.


Pastu umur dah 25.. Dah tua.. Tukar pulak try safia rania.. aku tak serasi. Naik jerawat. Tapi kecik jela. Takde masalah pun. Dan disebabkan dah beli, pakai jela sampai habis. Eh tapi ni tak habis habis lagi. Hahaha! Aku dah fedupppp dgn safi rania ni, tak macam che ta pun :p ate nya, poyo je beli semua, tapi bila malam night cream apa jadah semua salu lupaaa nak pakai. Hihi. Tak konsisten tapi takpe, sikit je lagi tu.. Selo selo habiskan. Jangan membazir, walaupun mcm takde kesan. Hahaha.. Tapi pencuci muka dia macam nak habis dah.. Skrub pun. Tinggal cream2 je.




Pastuuuuu tiba tiba sekarang aku dah beli yang lain pulak. Kali ni nak try hada labo. Muahahaha! Agak pricey kalau nak beli whole set. Tapi aku harap adala perubahan. Setakat ni aku baru cuba pencuci muka + lotion. Nantila kita tambah yang lain kalau betul betul berkesan. Pencuci muka aku pakai yang pore refining face wash. Harga berapa tah, yang aku ingat aku beli sebab ada promotion. Hahahaha..




Ni lotion eh, aka toner.



Dah seminggu lebey aku try..
Aku sukaaa.
Aku rasa muka aku macam moist jee.
Ke aku je feeling lebey tapi orang tengok sama? Hahaha. 
Aku rasa muka glowinggg. Kahkah! Pewasan kan.
Dah rasa muka cantik mula laa nak selpie sampai pecah kamera. :p tapi for now, hp pun takde. Hahahaha sadis. Tapi aku okay je takde hp, rasa aman. Takyah nak memekak pasal wasap wechat telegram beetalk haaa semua sosial media! Hihihi.


Aneh tak aku cerita pasal skincare? Aneh kan.
Hahaha. Tak, bukan buang tabiat. Cuma rasa suka nya tengok orang cantik, nak jugakk. Gitu. Tapi sbb sblm ni muka macam kertas pasir, kena selo selo la.


Ada ke tidak perubahan? Hahaha. Aku rasa ada. Sebab ni dah nak balik kerja, muka dah sememeh takde bedak apa semua. Tapi still nampak berseri je kan. Kahhhkah! Kening serabut tu abaikan, masih failed nak lukis kening cecantik. Kikiki.


















.