img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, August 17, 2016

SabtuAhad.

Hari sabtu baru baru ni ada buat bbq kat rumah paklong aku. Kat hulu langat. 
Dahla sebenarnya hari sabtu tu kawan aku ajak daytrip g cameron dalam misi mencari durian. Dah mcm berbelah bahagi pulak perasaan ni. Haha. Tapi family first kan? Lagipulak aku bukan la makan durian. Hehe. Tapi nak berjalannnnnnn jalannnnn jalannn. Hahaha.

Masa jumaat tu masak sardin. Sebab dah lama tak makan. Sekali sekali layan kan. Pastu tak habis. Esoknya kita buat sandwich sardine je la as breakfast. Kenyang alhamdulilah. Anak2 makan nasi goreng. :) hoi ni esok mcm teringin nak makan sandwich telur lak.. tengok kt fb kan siang tadi kak azlina share resepi. Bahahaha!


Konsep nya adalah potluck. Seperti yang diketahui aku tak pandai masak. So aku order cheesetart ajela. Aci dak? Hahaha. 

Bluebery chistart. Sedap. Nanti boleh repeat order.

Cas tenaga dulu..  ayra tanya, ibu nak kemana bawak beg cmtu.. ibu nak hiking la kak. Kahhkah! 

Anak beranak. Ibu pakai lipstik mcm tak pakai je. Kaler nude. Cantik tak? :p

Pastu pergi rumah mak aku. Mak aku suruh makan bihun sup. Haha. Ayah aku beli lebih. So makan jelaa dulu. 

Bihun sup pemes di selayang.
Disebabkan pakai lipstik warba nude mcm pucat je. Kita tukar kaler pink pulak. Bahaha. Macam la orang kisah kau pakai kaler apa pun nurulll. #perasancantik #cantikje #akumemangcantik 

Gerak dari selayang pukul 3lebih. Dekat je pun hulu langat. Sebelum asar dah sampai. Jalan pun tak jem. Rilek rilek je. Anak anak dalam kete tido. Aman damai sungguh rasanya. 


Merah semuanyaaa. 

Tu tangan nak peace tu. Hihi. Ibu macam acik2 je tdung camtu. Haha. Knp datin juma pakai cmtu nampak gojes jeeeee. Ibu pakai mcm makcik jual karipap umur 60tahun. :(

Main longkanggg

Adyra dan atokcu

Muka nakall

Kazen aku siap bawak si kenit ni g playground. Dia mana nak takut org. Mengikut je. Bahananya, balik bawak bintat nyamuk. Dikkk, kulit awak tu dahla sensitip.. nyamuk gigit dh mcm apa jeee.


Malam tu kita solat jemaah sama sama. Pastu ada tahlil sikit. 

Sikenit tunggu masa utk menyerang

Tangkap dia kita selfie dulu dik. Kakak dh hilang dengan pakcikmakcik

Dalam 9lebih. Budak kenit dah ngantok. Kita tidurkan dia dgn niat ibu blh makan macam bela jin. Kikiki. Tapi bila anak dah tidur,  dengan aku aku sekali mata macam kena gam ngantok nya lahaii.

Gempa bumi pun tk bangun ni. Tidur kat tengah2 ruang. 
Foods memang banyak gile.
Takdan nak snap.
Ada meebandung.
Bihun sup.
Bakso.
Nasi minyak
Buah2
Kuih2.
Eh banyakla. Aku bz dgn adyra yang sibuk mengemas tu pasal tak sempat nak amek pic. Tahu2 semua makanan setel. Hahaha..




Penat gila malam tu. Kitorg tidur rumah paklong aku ni. Memang tidur tak sedar diri ah dia punya tahap exhausted. Haha. Aku tersedar tengok Adyra dah kat hujung kaki. Hahaha. Ganaih ah anak dara sorang ni. Kikiki.

Esoknya bangun pagi pagi lepas sarapan kita terjah rumah pakngah aku lak amek rambutan. Pakngah aku takdepun kat rumah sebab dia balik kampung. Tapi terjah jela. Hihi. 

Muka masamm. Belum cargas awal pagi sangat

Cas tenaga dulu kasi cargas

Temanya turqoise. Bahaha!

Tu acik tina ye anak2. Bukak kakak.. hihi.

Odw balik pun sama, anak anak tidur. Hahaha. Dgn aku aku sekali tidur ha. Ngantuk sungguh. Memang ahad tu tak produktif langsung. Balik tu pukul 12-2 tidur. Pastu 4-6 tidur lagi. Sampai weng kepala. Kikiki


Malam sebab malas masak. Kita tapau jela beli kat kedai.


Dah rabu dah eh hari ni.
Rasa mcm baru je weekend.
Ntah hape hape je aku buatt dua hari berlalu dalam minggu ni. 

.