img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, October 5, 2016

Batu Caves.

Khamis lastweek kita panjat batu caves.
Nampak mcm pekejadahnya kan. Haha..
Last aku naik sampai atas ialah masa form1 kot. Tak rasa tinggi ke apa pun. Kuat lagi time tu. 

Pastu takde dah. Lalu jela hari2. Yela, mcm takde motif kan nak naik sana.

Ni disebabkan ada kerja sikit. So lets gooo. 

Baru separuh jalan dah semput. Hihi. Berhenti 2 3 kali gak. Amek masa 6minit baru sampai atas. Hahaha. Stamina kurang. Pancittt.


Sampai atas tu. Ada lagi tangga naik ke atas. Gigil2 lutut ha naik. Tapi dah alang2 kan. Kita kenala teroka semua. Stalagtit stalagmite. Eh betul ke eja tu? Hihi.

Tapi kat dalam tu dorg tengah renovation. So agak bersepah jugakla..

And kat atas tu ada kera ke monyet bersepah. So hati2 la kalau pegang plastik ke apa. Nanti dia datang dekat nak rebut ingatkan makanan. 

Pastu dalam ni ada dark cave jugak. Tapi yang tu kena bayar la. Rm25 kalau ada mykad. Kalau foreigner rm35 tak silap. Dorang bawak round2 dalam tu 45minit camtu? Aku? Err takpela. Kang terjumpa ular ke apa. Takmo takmo. 




Dah habis pusing atas. Masa untuk turun lah pulak. Gigil gila kot. Lutut rasa longgar. Dahla tangga tu jenis menegak kan.. kalau tersadung mahu naya. Tapi alhamdulilah la takde pape..

Selamat sampai kebawah dengan jayanya takde pengsan2. Haha. Over. Baru batucavess... belum hiking apa semua.


Kat bawah ada jugak tempat yang air2 tu.. tapi nak masuk kena bayar rm7 tak silap.

Orang yang jaga kat kaunter tu dari india.. pure india. Tapi boleh la cakap melayu sikit2. Slumber dia ckp dari indonesia ke? Hahaha.. ye. Dah biasa sangat orang cakap aku dari sana. Bebudak2 indon kat tempat study pun salu je ingat aku sama2 interchange student. Hahaha.. takde nak sentap2. Takpe indon yang kiut takdehal.. 






.