img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, December 24, 2010

Roti-roti

Pejam celik pejam celik, dah nak bulan 1. Maksudnya, dah nak bermula kelas. Bosan nya Alor Gajah. Taknak balik sana taknak balik sana :( Hari selasa lepas, suami tidak bekerja. Maka, keluar berjalan2. Itupun setelah dari pagi sampai ke petang takde aktiviti hanya duduk saling melihat muka masing-masing sambil menonton cerita P Ramlee-Labu Labi. Bajet romantik lah kunun. Hahaha. So petangnya, suami mencadangkan untuk makan pau yang dijual di hospital selayang. Katanya, pau tu sangat sedap mengalahkan pau yang di jual di tanjung malim.


Makan diatas rumput ditepi tasik sambil melihat orang memancing. Woha! Romantik kan suami saya memilih tempat untuk memakan pau? HAHAHA. Choyy, panas gila adalah. Habis ketiak basah :P Setelah merengek-rengek kerana kepanasan, maka bergerak menuju ke tempat yang mempunyai penghawa dingin. Maka ke Jusco Kepong untuk membeli sedekit barang. Lepak-lepak disitu. Jalan dan pusing. Penat. Sangat sejuk didalam itu. Maka terus pulang ke rumah.


Semalam pula, ke Selayang Mall sebab mahu ke pizza hut. Tapi terjumpa pulak makhluk2 yg tidak digemari. Haihh. I hate kawan yg makan kawan. So stop cerita itu. Perempuan itu, LOSER lah kau. :P Terus ke Jalan Ipoh , dan seterusnya lepak-lepak di Titiwangsa. Jam 10 sudah ada di rumah kerana kesian si suami harus berehat setelah penat bekerja. Dan hari ni? Hanya di rumah. Tapi esok balik kampung. Seronok! Sudah lama tidak pulang :P



p/s : lately ni asyik makan roti je? donut, pizza, pau, & bla bla.  

No comments:

.