img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, December 19, 2010

Sabtu

Gudmorning. Awal bangun di pagi ahad. Walaupun letih semalam tak hilang. Yelah keluar dari pukul 10am balik pukul 12am.. Memang lemau lah sangat rasanya.

Pagi semalam pergi Lake Garden. Ni sebab aku teringin nak ke zoo kot. Maka si suami membawa ke Tasik Perdana sebagai ganti. ==' Mana nak sama. Tapi takpela. Pagi pagi pergi situ dgn niat bersantai-santai sambil menemankan anak-anak bermain di playground. Anak? Hahaha. Gedik. :P


Matahari semakin tegak dan aktiviti diteruskan ke Mid sahaja, sebab tu paling dekat. Ntahla, tapi suami memang suka pergi situ, so layankan jela. Mungkin disitu banyak kenangan terindah kot. :P Sampai sana, 1st place pergi carik pejabat pos. Then beli pizza & big A. Selesai makan, mata pun jadi mengantuk. Tapi suami nak menonton cerita Aku Masih Dara. So pergi atas, tengok que memang panjang gila. Maka, menuju ke MPH.. Sebab mahu tengok number siri tiket yg dah di booking semalam, kat situ ada pc. Maklumlah hanset guna henset cikai nokia 3310  je, mana nak ada internet2. Kena la carik pc kan? :P Hahaha.


Cerita tu 5.30, so terpongek jela menunggu sampai 5.30 kan. Tunggu punya tunggu sekali cerita tu tak best langsung. Macam hape-hape je. So, jangan lah tengok cerita tu. Membazir, Tapi boleh la amek iktibar dari cerita tu. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Hah. Bermadah sudah.


Lepas movie habis, pergi Sentul ke mana ntah. Makan kat situ. Kedai yang family mertua selalu makan bak kata si suami. Habis makan, ingat nk pergi Ou sebab masih awal 9.30 macam tu. Tapi awal ke? Haha. Kedai tutup pukul 10 kan. So akhirnya decide nak ke downtown cheras je. Sampai sana, kedai baru nak bukak. Wtf la. Terus tak jadi. Tapi suami bawak pergi Bukit Permai, cantik view dia. Boleh tengok the whole KL, lagi cantik dari Bukit Ampang. Sebab Genting pun boleh nampak nampak jalan je la tapi. Hehehe. Lepak lepak situ, pastu tiba-tiba hujan maka terus menuju jalan pulang. Tapi agak tertipu lah kan sebab bila masuk je kat area KL, tak hujan pun. Ciss. Balik balik rumah. Around pukul 1 am dah terbongkang tak sedar diri.


Hari ni, suami balik kampung bersama family mertua. Ada kenduri. Saya diajak tapi malas. :P Haha. I dunt hv enough rest. So nak rest puas2 hari ni. Huahauahua. :P


Conclusion. Penat tapi berbaloi. Enjoy before balik Melaka. Melaka suxx. Result pun suxx. Usah di ingat benda benda suxx. HAHAHAHA

No comments:

.