img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, September 8, 2011

Mari kita merepek2.

Tadi siang makan nasi dgn kicap, plus megi kari. Kasihan kan? Hehe sebab ingat malam nak makan lah apa2 ke yang best. Tapi non ada lah. Malam makan nasi goreng kampung telur dadar dgn teh ais sudah. Hehe. Dengan membawa perut yang berat ni, haih tercungap gak la nak menapak -_- Jalan sepuluh minit camtu kot, ntah la tak sure, tapi aku kuar tadi pukul 10 suku, 10.45 dah siap beli. Lama menunggu kat kedai je. Dahla jalan gelap, tapi nasib baik la ada gak kenderaan lalu lalang kan, takde la takut sgt. Dah la ni tak berani bukak tv, sebab kat tv3 cerita santau kan. Hehe takut lah nak tengok tv sorang2. Dah la malam jumaat ni. Me sooo scary :/ Padahal ada je chanel lain, tapi sebab sebelum tutup tv tadi adalah tv tv3 kan, so nanti kalau bukak mesti tv3 yg keluar. Eh faham tak? Tak faham takpelah.


Aku dah taktahu nak buat apa. Terpongek sorang-sorang. Menyentapkan diri. Sebab tak dpt pau. Hehe. Aku rasa adalah lawak kot, sebab tak dpt sesuatu aku boleh sampai menangis berhingus-hingus. Time menangis takdela rasa kelakar, tapi bila fikir2 balik. Haihh mcm la takde hari esok, esok2 pun boleh je. Nak makan sedap2, balik rumah lah kan? Mintak je apa kat mak. Hmmmmm i miss my family :'( Tapi tulah, org mengandung kan emosi dia lembut gitu. Kihkihkih. Malas dah nak fikir2 apa-apa, tunggu jela lagi seminggu balik Selayang :) Bersabar.


Aku kan, sambil menaip ni sambil bercakap dgn baby. Hehe. Seronok sebab kita cakap2 and baby mcm faham sebab bergerak-gerak. Hehe. Tak sabar nya nak tunggu anak aku ni keluar :s Oh ye, aku ada la tengok2 set bersalin. Yang jamu2 tu semua. Harga pun adalah boleh tahan gak semua2, taktahu nak beli apa. Hehe. Mengelabah kan? Ala bosan tak tahu nak google apa dah. Baik lah mengoogle benda2 berfaedah pasal pregnancy ke, bersalin ke apa kan :p Aku tak tahu lagi nak bersalin kat hospital mana. Kerajaan org cakap adalah kasar dan sakit. Hehehe. Aku kan mengada sikit, kalau boleh memang nak private, tapi haruslah sediakan duit 2k keatas kan. Kot2 nya tetiba kena operate. Eh tapi aku taknak operate. Kalau boleh nak normal. Haha barulah wanita :p Epidural pun takmo amek sebab nanti ada kesan jangka panjang sakit belakang semua2 tu kan. Tapi tu semua nanti la fikir. Ada masa 4bulan lagi. Hehe dah 7bulan nanti baru kita decide betul2 nak bersalin kat mana. Tengok bajet jugak lah kan, tak mampu la nak bersalin kat Prince Court ke apa.. Hehe semalam je dah berapa puluh ribu. Sakitnya tetap sama :/ Cuma layanan la ngada2 sikit.


Barang2 baby semua pun aku tak beli lagi. Hehe. Kena tunggu sales hujung tahun baru boleh beli. Jimat. Huahua. Nak tunggu bulan 12, time tu haih aku dah 8bulan. Ntah2 time tu nak berjalan pun nak mintak dukung. Yelaa sekarang ni pun perut dah terasa berat. Nak bagi nama apa pun aku tak pernah terrfikit lagi. Hehe sebab aku nak tahu jantina dulu baru fikir nama. Tapi aku prefer nama pendek2 je, seketul je nama. Takmo ah letak 3 4 panjang2 nama. Payah nak menyebutnya. Terbelit2 lidah. Kalau perempuan kesian kat bakal laki nanti time nikah :p Hehehe.


Hmm nak merepek apa lagi eh?
Arghh, tetiba nak berak pulak dah ni. Spoil lahh. Bai.

No comments:

.