img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, September 22, 2011

Sakit perut.

Hari ni tetiba sakit perut. Hm, taktau la sebab apa. Terlebih makan ke apa. Pukul 4 pagi terbangun, lepas tu tidur2 ayam je. Sebab alarm dah stat bunyik 5.30am. Nama je set jam 5.30, tapi bangun tetap la 6suku ke mcm tu. Annoying gila bunyik alarm, 10minit sekali bunyik. Wan boleh je buat bodoh dgr bunyik tu, aku rasa satu kawasan ni boleh dgr bunyik tu kot. Huh. Yang aku lak malas nak bangun, so setiap 10minit akan membebel suruh Wan snooze. Haha.


Lepas je Wan keluar tadi, terus sambung tidur. Tapi takleh nak lelap dgn lena, kejap2 terbangun sebab perut ni mcm apa ntah taktahu nak describe. Takdela sakit sgt3, sakit jugakkk la dan ngilu nya. Wan pagi tadi pun before g kerja dia tanya are u okay, takkan la nak ngada2 cakap tak okay, cakap jela okay kan? Huhu. Dah la nak sapu2 minyak panas tak boleh kan, aku pun taktahu nak buat apa ni, dah pukul 1 pun tak okay2 lagi. Sapu dgn losyen boleh? Hihih. Benci tau tengok perut sendiri, sebab buruk. Macam nak merekah2. Haha. Dah la membulat :p Mcm pelampung. Adoila..


Semalam dahla makan nasi ayam lagi, a day before tu pun nasi ayam jugak. Haih mengidam nasi ayam ke apa -_- Tapi tak sedap T_T Haha padan muka aku. Tak sedap pun tapi tetaplah habis. Hihi. Tapi semalam petang ada makan megi jugak. Hari ni breakfast makan roti, nutella, and susu. Dah kenyangggggggggg. Tapi masih perlukan nasi :p Hehe. Wan tak bagi aku makan megi. Tapi nak buat cmne teringin laaaaa :p Ala takde pape lah, dulu mak aku masa mengandung aku suka sgt makan megi dgn kopi, tapi aku okay je? Takdela hitam ke apa :p Cerdik jugak. Hahaha perasan! Wan pun tak bagi aku keluar g kedai sendiri2, so duduk jela rumah. Nak keluar tunggu dia balik kerja. Huh........... Tapi okay je, sebab aku memang tak larat sgt nak jalan jauh2, nanti penat dan mengah dan automatik air mata keluar. Haha.


Eh hari ni panas, alhamdulilah. Sebabnya kan, semalam kesian aku. Lepas je sidai baju, tetiba hujan je. Haha. Sakit hatiii tau :( Tapi hari ni panas, okayla. Baju dah kering kot kat ampaian tu, tapi malas nak amek. Malas nak lipas. Haha mood malas. Bukan apa, perut ni sakit so automatik jadi malas bergerak. Ehehe. Ngada lebih! Emm, mahu tengok berita lah. Duduk rumah jgn la mcm katak bawah tempurung lak, haruslah tahu berita2 dan gosip2 artis. Hihu. Ohye, masih belum mandi jugak. :p Haha.

No comments:

.