Selamat Hari Isnin.............. Hihihi bersiaran terus lepas Wan g kerja ni. Haha sebab nya? Aku tetiba tertakut la sengosrang ni. Coi sgt tau :( Lampu pun adalah tak berani nak tutup, bukak tv lagi. Mata ngantuk sikit2, tapi nak pejam so scary terbayang yg bebukan. Huh! Benci sgtttt. Haha. Tu la lately ni aku adalah penakut nak tengok citer2 seram ni. Sebabnya ni la, sebab sengsorang nanti terimagine2. Shit. Tengok iklan seram pun dah tak berani. Apa pun tak boleh? Kang efect jadi anak penakut tak? Haha. Sory la baby, mummy mmg tak beraniiiiiiiiiiii. Haha nenanti jela nak tengok citer2 seram.
Weekend takdela penat sangat walaupun keluar. Tapi semalam Ahad terpongek je duduk rumah. Haha baguslah sgt, katanya nak makan chicken chop sebab baby ni teringin tapi takdepun? Heh. Malas nak kata lelebih sebab aku pun malas2 ayam sebenarnya, nak makan tapi malas keluar. Haha. Lagipun semalam sakit perut dan lidah. Tengok Wan makan sate macam sedap, tapi sebab lidah sakit malas nak mengunyah. Haha terus patah nafsu. Maka memberi kesan kepada muka masam sekejap. Ahak ahak.. Sehari suntuk duduk rumah, pukul doblas malam keluar beli roti canai. Tu je. Ehehe. Nasib baik Wan nak belikan. :)
Oh ye, dah lama nak makan char kuey teow Mali's. Dapat jugak akhirnya Jumaat hari tu. Kuikui. Sukaaaaa........ Haha. Aku rasa kan ni bukan mengidam ke apa lah, lebih kepada sendiri nak makan. Haha. Kalau mengidam tu, tak nak time2 tu jugak. Kalau tak dapat rasa mcm nak nangis. Haaa emosi begitu. Tapi seingat aku, aku takdela mengidam teruk2. Ke tak pernah mengidam pun? Haha. Ntahla. Lupa sudah. Yang aku ingat, keadaan dah bertambah okay. Takde la teruk macam dulu. Kalau dulu, perut sakit, cramp, muntah mual, sakit belakang lah apa la. Haha rasa mcm selamanya ke mcm ni. Tapi okla, sekarang ni mcm normal je... Cuma mengah sikit. Lembik sgtt rasanya :p
Hari Jumaat hari tu, 5 pagi kot baru balik rumah. Bagus sgt kan? Mengandung tapi pepagi buta baru balik rumah. Eheh. Wan la, lepas makan tengok movie Killer Elite kat Ts lepastu ke Dataran sebab nak amek gambar. Haha tapi tak reti guna DSLR :p Ahaha. Aku lagi la, tangan tak berseni. Eh org kidal bukan patut berseni ke? Meminati art kan? Puiii. Hehe.
Kesudahnya, Sabtu pukul berapa ntah baru bangun. Hihih nice je laki bini bangun lambut. Aku bangun pukul 1 kot, Wan pukul 3 mcm tu. Hoila apa nak jadi. >,< Nak masak memang tak la, nak keluar makan memang malas la kan nak mandi2 apa semua. Makan megi jela kan? Haha so sweet la laki ai masakkan megi je lunch :p Jadilaaaa kan. Kenyang jugak. Takdela bising makan megi, selalu rambut gugur la, kerinting la apa la. Haha baru tahu kalau lapar makan apa pun bolehhh saje. Lagipun malam ada wedding dekat Dewan Felda, so buat apa bazir.. makan free kan ada? Haha tapi 9 malam la baru makan. Haha. Nak tunggu pengantin itu ini, menyusahkan okay protokol2 ni? Haha dahla sebelum tu sentap, Wan kecoh tau suruh aku siap before pukul 7. Tapi dia siap2 mandi pun dah pukul 7. And siap2 semua, lepas Maghrib nak dekat pukul 8 baru keluar. Haha. Sentap sebab dahla pakai baju kurung kan, panas2. Lapar pulak tu. Suruh beria siap awal2, dia lambat lak. Coi sgt. Haha. Tapi ok jugak dtg lambat, sebab start makan pun lambat kan. Hihihi.
Lepas wedding ke klcc pulak, tengok movie lagi dgn kengkawan Wan. Haha cerita yang aku dah cakap awal2 memang taknak....... Tapi apakan daya? Tengok jela. Pura2 berani jela. Al-Hijab. Tapi bagi aku, takdela seram, cite tu. Suspen je. Tapi disebabkan aku sekarang ni penakut tetiba, cite2 mcm tu pun tak berani nak tengok. Haha. Bengong tahu... Lepas movie ke Bukit Ampang lak nak amek gambar lagi katanya :p Heh tapi acane tangan tak berseni? Huahua. Balik2, pening kepala. Tapi Wan bukak tv kekuat padahal dah berapa pagi, 4pagi kot. Kesudahnya sentap tidur kat bilik sengsorang, tapi pentakut nak tutup lampu. And bila terbangun terus carik Wan tidur sebelah dia. Haha. Poyo je nak sentap2 ni, haih -_- Bangun tengahari tengok Melodi. Hihihi. Wan kan rancangan fevret dia melodi tu, siap beralarm bagai takut terbangun lambat. Ahak ahak ahak..
Eh. Sedar2 dah terang sekarang? Haha baru berani nak tutup lampu. Nak sambung tidur :p Tapi sebelum tu nak main sims dulu. Huahuahua.
Perut lapar pun ada ni, tapi malas nak ke dapur. Dahla perut sakit dari semalam. Lidah pun mcm ada luka. Memberi kesan malas untuk bercakap sebab tahan sakit. Huuu. Tertitis jugak la air mata sikit.
No comments:
Post a Comment