img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, November 11, 2011

Banyak lagi ni.

Panas kan cuaca? Dari semalam lagi. Tapi aku tetap tak mandi2 lagi :p Haha. Tadi baru settle basuh baju untuk minggu ni. Basuh baju haruslah seminggu sekali je, nak jimat air kan. Haha padahal pemalas. Alasan lebih. Bil air tak payah bayar pun. Aku rasa mcm nk mcm basuh baju2 baby tu semua, tapi detergent untuk baju baby tak beli lagi. Boleh je basuh guna sabun biasa tapi org cakap sabun biasa macam kasar kan, takut nanti effect kulit baby yang halus tuh. Huh. So nenanti jela, lagipun ada lagi few things tak lengkap. Tunggu semua lengkap. Tapi kalau dah basuh baju tu mesti kedut2 kan, tak cantik dah. Haha. Tapi memang kena basuh la kan, sebab dah kena pegang2. Kotor.

Ni list yang belum ada lagi, aku ada list kat handset je, senang. Haha, takperlu nak bawak kerta senarai berjela2 :

Baby

Towel badan/muka/sapu tangan - Tak boleh ke eh kalau guna towel biasa je? Haha. Ngada sgt nak towel2 baby. :p Towel biasa kasar kononnya. Ceh.

Napkin - Ni pun aku rasa mcm tak perlu kot. Sebab baby bukan pakai napkin, tapi kalau beli pun just sekadar syarat. Hiks. Sedozen pun cukup. Pelik pulak kalau takde napkin.

Diapers - Untuk newborn, antara Mamypoko or Huggies. Heh pakai brand tesco giant semua tak boleh? Jimat :p Haha! Bontot merah2 baru kau tahu Nurul -..- Terhegeh2 nak kena cari cream ruam lak.

Botol susu dan yang seangkatan - Even bf, still diperlukan. Ah minum pakai cawan kan senang? Huahuahua.

Tilam/bantal - Haaaaaaa, ni taktahu kat mana nak carik yang okay. Blur. Time adik aku dulu, rasanya nenek aku jahit, buat sendiri guna kekabu.

Kelambu - Rasa mcm tak perlu, sebab bukan ada nyamuk pun. Plus aku rasa adik aku punya dulu still ada. Haha.

Buaian - Kecik lagi, tak kuasa aku nak buai2. Plus aku rasa kecik sgt, nanti bergegar otak :p Haha. Tunggu besar. Lagipun kat rumah aku, yang adik aku punya ada lagi. Hahahahahahaha. Dah 9 tahun still boleh guna! Sgt cermat kan :p

Toiletries - Err beli yang aku boleh guna sekali. Johnson&Johnson ke. Haha. Boleh la tumpang sekaki mandi, berlosyen. Kan penjimatan. Kahkahkah. Dasar kedekut! Eh bukan kedekut, tu ekonomi. Huehueww.

Detergent - Ramai kata jenama Pureen bagus. Ha, bagus2 sebab pureen tak mahal. Haha i like.


Emak baby :

Set bersalin - Antara NR or Leesa Formula. Mak aku dulu guna NR. Tapi NR mahal sikit rasanya. Plus tak include bengkung. Haih -__- Kena beli asing2.  Bengkung leesa 40++. Still mampu milik. Hiks. Melampu je kalau nak guna bengkung mak aku kan. Haha. Ntah ada lagi ke tak.


Pati ikan haruan - Haha, aku rasa harus benda ni. Untuk cepat2 luka kering. Eee ngeri lak aku bila sebut luka kering. Sakittttttt terasa. Ngiluuu. Huahua. Over. Tapi nak murah, beli brand poleney ke apa. Ah yg tu memang aku tak kuasa nak telan. Bau hanyir. So kena carik yg bentuk kapsul. Leesa formula ada, harga pun still boleh lagi. Haha dari sengsara nak menelan kan.

Maternity pad - Beli pad biasa sudah. Maternity pad ni ada benang nak ikat2 kat pinggang. Ah kuasa sgt. Leceh. Haha. Aku pakai kotex dari first time period sampai la sebelum pregnant. Haha. Memangla, mana ada org pregnant period :p Huaaaaaaa rindu nak sengugut :p Haha. Boleh lak camtu? Ngek.

Nursing bra - Err perlu ke? Rasa mcm tak. Haha Takpe, boleh difikir2kan lagi nanti.

Stokin - Pakai stokin Wan kerja jela. Boleh? Haha aku takde stokin tebal2 ni.

Kain batik - Haha, takmo aku beli. Baik rembat mak aku je. Hihi. Aku bukan jenis reti pakai kain batik pun. So pembaziran okay kalau beli :p



#Stroller, car seat, baby coth, tu semua memang mcm tak perlu kot. Eh memang tak perlu lagi lah. Baby kecik memang 24jam kat bawah ketiak jela kan, buat apa nak katil2. Stroler? Car seat? Dalam pantang nak merayau ke mana je. Duduk rumah sudah. Hihihi. So, ni jela kot.


Haaaaaaaaaaaaaaaaa aku bosan nak mampus ni! Dahla panas. Takde mood tetiba. Huahuahua. Rasa nak bogel je. Huahua. Kau ingat kau sape Nurul? Badan dah mcm peti ice takde bentuk, ada hati mahu bogel2.  Ahakahak~

No comments:

.