img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, November 30, 2011

Bosan.Bosan.Bosan.

Sekarang adalah masa-masa untuk mencari/mengetahui the corect teknik untuk bersalin nanti. Hehe. Dah takyah fikir pasal barang2 baby lagi :p  Yelah, aku kan takde nak pergi antenatal kelas kejadah tu semua, so hanya bertemankan Google je.  Macam2 ragam orang bersalin ni, ada yang senang ada yang susah. Koyak banyak, koyak sikit. Normal, epidural, bedah and bla bla..  Serius buat aku gerun. Nak taknak kena la lalui jugak kan? Sebabnya baby dah ada dalam ini perut. Cukup masa, keluar la nanti. Huhu.


Here we go....... tips yang boleh dipraktikkan (tapi kalau dah sakit, semua pun akan lupa :p )
  • Angkat kepala dagu cecah dada. 
  • Mata pandang perut.
  • Tangan pegang keting, buku lali.
  • Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat….. 
  • Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar….. 
  • Baca bismilah atau ape ajer yang terlintas tu teran kuat2…
  • Bila dh nk dekat bersalin, jgn amalkan minum ais takut kurang tenaga bila nk push nnt tp amalkan makan kurma. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin.
  • Kontrol breathing.
  • Banyakkan berjalan-jalan.

Aku tengok video orang bersalin pun, terus badan jadi lembik.  Serius aku cuak tengok darah. Haha.  Rasa mcm nak angkat jari pun tak boleh. Lemah sgt.  10cm tu besar okay!  Lebih kurang mcm panjang pembaris pendek. Panjang2. Hiaaaaaah takut :'( Lepastu nak jahit lagi. Ohh emmmm jiiiii. Aku tak pernah kena jahit! Ni nak pulak nak jahit kat tempat................ alamak aii.  Sure sakit sebab takde bius pun selalunya. Perut aku kecik, tak semestinya baby adalah kecik.  Harap2 takyah la sampai 3kg. Aku dulu lahir cinonet je, 2.45 kg. Hehe.  


Dulu bedah tikus pun aku dah pencuak gegila... Fobia! Haha sampai aku tak pakai dah baju yang aku guna  masa disect tikus tu, sebab bau tikus je rasanya.. and part kelakar, tikus aku yang paling besar antara semua2, tu la gedik sgt nak amek last2, memang dah org lain pilih2 la kan?  Haha. Bila kelas test darah sendiri pun aku tak buat :p Kuikui. Nasib baik lecturer okay. Haha takut okay, dahla dgn budak2 lain mencuakkan aku konon2 sakit gila time dicucuk tu nak keluarkan darah. Memang aku duduk luar kelas jela kan? Karang pengsan lak.  Hahaha. Err macam mana la nak buat diri jadi berani dgn darah? Kena kahwin dgn vampire kot? :p Patutlah aku tak jadi doktor, kalau tak konpom mati pesakit aku :p  

    Hmm. Time lepas bersalin, selalunya nurse akan pakaikan terus yang maternity pad tu kan, malu siot! Hahaha. yela takkan nurse nak mintak eh kak mintak spenda akak, ni nak lekat pad kat spenda ni? Haha. Tats why pakai maternity pad, tak perlu pakai spender. Sebab maternity pad kan ada tali2 semua.  Haha. Tapi, aku dah beli Kotex biasa je, kuikui. Sebabnya........ keselesaan itu penting. Ala, sekali tu je kot nurse akan pakaikan pad, lepastu suka hati kita la nak pakai apa pun.. pakai kain macam orang dulu2 pun boleh sahaja. Hari tu tunjuk kat Wan maternity pad tu apa, dia boleh blur lak? Pad la yang oii. Cuma untuk ibu2 bersalin, takyah pakai spenda pun takpe lepas pakai pad tu :p Tapi mcm tak secure je. Kang tak pasal2 tercabut. 


    Actually aku adalah super mengantuk ni, nak tidur tapi mcm tak elok lah pulak petang2 mcm ni tidur. So takde aktiviti lain, selain mengonlinekan diri main game. Hehe. Bosan kan life aku? Baju2 si kenit tu dah kering, tapi aku mcm tak larat lak nak melipat, biar jela dulu.  Esok jela, lagipun nak iron dulu before masuk dalam box baju. 

    No comments:

    .