Azam 2012 :
1 - Mahu menjadi emak yang terbaik untuk kenit. Insyallah. Plus minus tak sampai sebulan lagi dah nak jadi emak dah. Haih mcm mana lah nanti. Kalau ikut period aku, 25Jan. Ikut doctor 28Jan. Tapi last ahad hari tu, doc scan cakap maybe on 26 Jan. Tak lari jauh pun, minggu-minggu CNY. So be prepare jela. Kot terberanak awal pula :/
2 - Settlekan lesen yang tergendala. Ye, sangat lambat kan nak ada lesen? Aku sekarang ni ada L je, hihi. So nak habiskan P. Papehal nanti senang. Hari tu nak habiskan, macam masa takde.. ceh poyo kan takde masa katanya, tapi tulah dah pregnant.. mcm malas nak habiskan. Maka, 2012 kena pastikan P is on the hand.
3 - Sambung study. Dah 2 tahun aku merepek-repek nak habiskan degree. Tak habis-habis lagi. Haha. Dulu berangan nak master lah apa lah, ni degree pun tercungap. Insyallah, kalau ada rezeki, kita sambung balik study. Dapat kerja bagus-bagus, and boleh la bagi kehidupan yang okay untuk kenit. Takkan nak harap Wan sorang. Botak lah kepala member tu. :p Kali ni kena kuat semangat, demi anak. Jangan main-main dah belajar. No sekerat-kerat jalan. Insyallah.
Btw, hari ni aku rasa sangat sangat lembik. Pepagi lagi aku dah
Ditambah pulak, kenit kemain aktif pagi tadi. Aku rasa dia pun mcm terkena kejutan kot. Tetiba emaknya ni rajin berjalan jauh lak. Selalunya, keluar pun, takde pusing-pusing mall.. Kalau pergi tengok movie, terus ke movie, makan terus makan, lepak terus lepak, selebihnya duduk dalam kereta. Wan pun selalu tanya kalau kena jalan sikit pun, dia akan tanya.. syg boleh jalan tak ni? Aku cakap boleh je, walaupun tercungap gak :p Hahaha. Tapi bagus kan berjalan di akhir-akhir nak pregnancy ni? Memudahkan proses bersalin.
Tapi ramai tak praktikkan sebab tak larat kan. Dengan jalan mcm penguin, bawak perut. Aku yg perut kecik ni pun terasa, apatah lagi kalau yg perut besar-besar tu. Oh berbalik pasal kenit pagi tadi, aku dahla lembik, perut lak ya rabbi memulas macam sengugut tu ha tapi teruk lagi sakitnya, dgn asyik nak terkencing, lepastu terkentut. Hihi. Aku pun taktahu nak buat apa dah. Mampu terbaring je. And tertidur terus lepastu. Haha tapi mana lah tidur nak lena. Kondisi mcm ni, Kalau dpt tidur straight 8jam tu memang peliklaa. Dgn belakang sakit, tak selesa. Kejap2 lepastu heartbun pulak. Dugaan.
So kerja aku hari ni, tidur bangun tidur bangun tidur. Haha. Tapi alhamdulilah, lepas mandi tadi.. badan pun dah segar. Setengah jam okay aku dalam bilik air. Aku ni adalah manusia yg mandi cepat-cepat. Tak reti bertapa dalam bilik air. Tadi sebab konon-konon nak rilekskan badan main-main air, tapi tupun aku duduk je.. Aku takmampu nak mandi berdiri. Nak berendam? Rumah ni mana ada bathtub. Hehe.
*Dah sejam aku keluarkan kek tiramisu secret recipe, harap-harap dah lembut dan boleh dimakan. Haha. Kalau tak, kerasss taksedap langsung. Eh tiramisu tu nescafe kan? Alamak, caffein! Nanti menyebabkan tetek kecut. Kahkahkah.
1 comment:
Anjing , kucing, hamster , ikan, burung beo - siapa yang Anda pilih? Atau barangkali apa yang aneh hewan - ular, buaya, kadal, monyet ?
Post a Comment