Hari ni dah 2 Jan 2012. And dah nak masuk 37weeks. Paling-paling lama kenit kat dalam pun lagi 3minggu je. Lepas ni, tugas as a mother pun begin. Merasa la bersengkang mata, dengar bunyik nagis-nagis, tak cukup rest, basuh berak, breasfeeding, and yadayada.. Ohmaigaddd :/ Me so nervous. Takut sanagt aku tak mampu. Aku ni kan dah la jiwa fragile begitu. Hahahahahaha. Tapi demi anak aku rasa aku akan jadi kuat kot. Hewhew..
Tahun ni pun, takde nya berhuha-huha sambut newyear. Time bunga api letup-letup, aku sedang makan mee goreng je kat kedai. Macam orang tua pulak :/ Lapar tau, mee goreng tu licin je aku makan, tak pelawa Wan pun. Hehe. Before tu, kat rumah time tengok cerekerama, sempat la makan cekodok. Haha, ala cekodok instant tu. Tapi Wan buat separuh, aku buat separuh. Lepastu, tengok sape punya yang sedap. Kahkahkah. Dua-dua bengong. Haha tahu tak Wan goreng cekodok tu sebijik-sebijik. Tahun 2020 pun tak siap! Btw walaupun rupa cekodok tak berapa cantik, tapi rasa not bad lah :p Haha aku suka je. Nanti nak beli lagilah cekodok instant tu, senang. Bancuh-bancuh, siap. Takyah nak hiris bawang ke, letak ikan bilis ke apa. Tapi nak letak pun boleh, tapi kalau orang jenis mcm aku ni? Pemalas :p
Tapi memang pun, macam malas la nak kemana-mana. Dahla jalan jem, rodblock sana-sini, berhimpit-himpit, panas semua kan. Tapi last year pun sama.. newyear tengok bunga api kat padang. Heh! Kira nya dah 2 tahun newyear aku kat Tasik Puteri ni. Last year konon nak pergi i-city tapi tak jadi. Sebab Wan dah kenyang time tu, pastu jadi mengantuk lah apa lah. Tahun depan? Haha memang tak keluar jugak la kot, kenit baru setahun time tu, tak kuasa lah kan nak bawak anak kecik.
So sabtu, just lepak-lepak dalam rumah. Serius bosan gila. Aku tengok muka Wan, Wan tengok muka aku. Hahaha. Boringgg! Tapi malam jumaat sebelum tu, dah pusing-pusing Kl :p Hihi. Balik pukul berapa ntah, mcm lewat jugakla, pukul 4 am kot. Tu yang sabtu duduk rumah je, And ahad, ada pergi kenduri. 2 kenduri. 1 kenduri kahwin, and 1 lagi kenduri bertunang. Selalunya kalau pergi kenduri, memang lepas habis melodi baru gerak, and hari semalam pun sama. Tapi nasib tak menyebelahi, tak dapat nak makan nasi minyak. Hehe dahla suka makan nasi minyak je sejak-sejak pregnant. Btw, dpt goodies bag sampai 4. Overtau.
Then gerak pergi orang tunang lak. Gila meriah mcm nak kahwin je aku tengok, padahal baru tunang. Tapi dah settle semua-semua, aku carik Wan, dia boleh lak hilang? Haha memang rasa mcm nak nangis je sensorang. Boleh lak dia biarkan aku sengsorang kat majlis tu, and dia pergi lepak kat mana ntah. Dahla time tu time nak makan, aku lak lapar ya amat-amat. Lagi sikit nak jatuh air mata. Yela, yang tunang kawan dia, bukan kawan aku, and lepastu biarkan aku sengsorang, which is kawan-kawan dia semuaa lelaki lah kan, aku dahla tak kenal, kenal-kenal mcm tu. Geram gila. Tapi dah lepas makan, okay je semuanya :') Hahahahaha.
And dalam 9lebih mcm tu, pergilah Ts, nak tengok movie. Asyiklah movie, movie, movie je kan? Hehe. Kita tengok Sherlock Holmes. Taktahula nak cakap best ke tak, ada part mcm boringgggg ada part yang kelakar. And ada part aku terlelap. Hehe. Ada Wan cakap, gempak gak kan.. dia tak tahu time tu aku baru terjaga dari tidur. Haha. Ala bukan tertidur berdengkur tu pun, terlelap dgn tak sengaja. Tapi ending cite tu memang lawak. Eeee bengong tau! Haha. Btw, time Sherlock Holmes yang dulu tu, aku rasa best, tapi aku tak ingat cite tu pasal apa pun. Hahaha. Yang second ni, taktahu nak kata. Ke yang dulu tu pun boring mcm ni? Haha ntah, serius aku tak ingat.
Ala, perut lapar pulak tetiba :'( Tapi takmo makan nasi, mengada kan? Hehe. Padahal perut tengah memulas-mulas ni. Rasa mcm kembang kuncup pun ada. False alarm je pun. Aku takkan pergi hospital selagi bukaan tak sampai 5cm. Hahaha. Tapi mcm mana nak tahu dah berapa cm? Ntah-ntah belum terbukak, baru keluar darah aku dah zass ke klinik. Hehe. Aku taknak kena seluk banyak-banyak kali :( Plus takut kena induced. Time seluk tu agak-agak boleh mintak Wan je yang selukkan tak? Kahkahkah! Segan la aku kalau doktor lelaki yang seluk
Okay, dah penat membebel. :D
2 comments:
hi dear...lain kali selalu la tegur ek kat blog..nice to meet u
hihihih.. part last tu best. kalo laki kita je yg seluk kan best huahuahua..
Post a Comment