Aku tengok perut aku mcm besar. Tapi doktor.sonographer hari tu cakap mcm bukan perut 35minggu. Tapi bila tengok perut2 orang lain, okay fine memang perut aku kecik je. Hihi. Aku still pakai jeans lagi. Sebab muat. And takdela tak selesa ke apa, maybe sebab cutting low cut kan.. Memang time pergi cek up ahad hari tu, aku tengok-tengok orang lain semua takde pun yang pakai jeans, aku sorang je. Ahaha. Yela dorang perut besar mana muat :p Sape suruh gemuk. Haha, banyak dosa aku buat ahad tu :'( Mengumpat jee.. Sebab tunggu sonographer je dah berapa lama. Pastu nak jumpa doktor lagi. Pergi pukul 1, nak dekat pukul 3 baru settle. Dah mcm pergi Klinik Kesihatan Kerajaaan. Huh! Maybe sebab Ahad kan. Dahla lapar gilaaaa time tu. Konon nya dah alang-alang kat Shah Alam, bolehla makan mee sotong power ke apa ntah yang masuk JJCM tu, tapi taktahu kat area mana :'( Makan kat foodcourt sec 2 tu je. Hmm kalau aku still kat Uitm sure tempat tu tempat lepak aku kan? Hahaha. And dah nak grad dah pun.. Aaaaaaaaaaa takpela takde rezeki.
And malam tu sempat tengok Mission Imposible :p Hehe. Aku dahla tak boleh nak duduk lelama sgt. Tapi okayla, sebab cerita tu best and tengok kat Gsc Maxx, seat pun besar sikit.. bolehla.. Now ni, aku nak duduk lelama tak boleh, baring lelama tak boleh. Bukan pasal kenit tendang2 or apa2. Tapi sakit pinggang yang amat2. Haih simptom2 nak bersalin. Takpe, 4minggu je lagi kan. Sabar sabar.
Kira hari ahad tu penat jugakla.. :'( Tapi sabtu takde kemana, duduk rumah je.. Wan balik kampung. Tapi malam ada la keluar pusing2 Kl. And sebelum tu, Jumaat dah dapat makan satay. Tapi mcm tak berapa nak sedap sgt la.. Walaupun Wan kata tu satay tersedap yang dia tahu.
Ahad dah merayau2, isnin bangun pukul berapa ntah. Lewat jugakla. Pun takde kemana-mana. Malam pergi JJ Rawang yang baru bukak tu. Yang semua orang pun perghakkk je nak pergi. Hehe kitorg smapai pun dalam 9lebih, dah nak tutup. Beli2 then balik. Tidur, pastu pukul 2.30pagi aku terbangun. Gila. Rasa nak picit2 je hidung Wan tak bagi dia tidur jugak. Haha. Aku sorang2 menghadap pc sampai la Wan pergi kerja. Then tengok tv.. lepastu baru boleh terbongkang sampai ke zohor. Hihi.
Boring gila kan life aku?
Nak keluar tapi takde transpot.. Eh mcm larat je nak berjalan :p Haha larat jeeee lagi ni. Cuma kan.. taktahu kenapa tapak kaki rasa mcm berbisa-bisa bila berjalan. Ada orang bomoh2kan aku ke ni? Kahkahkah. Maybe dh berat sgt badan ni, tak mampu nak menampung.. tu yang sakit tu. Err 58.5kg tu berat ke? Mcm ringan je. Macam kurus je................ Haha muntah.
No comments:
Post a Comment