Masa kat kfc tu, ada la family ni.. anak 6 orang, Kecik-kecik, rapat-rapat. Paling kecik, baby lagi. Murah rezeki family tu. Aku kagum kot tengok orang yg boleh handle anak ramai-ramai yg berderet. Which is setahun sorang. Gila ko, tak semua org mampu okay? Mesti nanti bila time dah sekolah, pening je makbapak nak sediakan itu ini. Ni, aku kenit belum lahir pun.. dah terfikir macam-macam. Mampu ke, boleh ke, huh. Scary :'( Zzzzzzzzzz. Takmo fikir buat masa sekarang. Semua orang nak yg terbaik untuk anak-anak kan? So i/ll try my best! Insyallah.
Hah! Perut ni kan dari tadi mengeras. Buat aku tak cukup nafas je. Me not likeeee. Sakit. Tapi takdela sakit yg sangat. Masih boleh ditampung tanpa mengeluarkan air mata :p Hehe. Aku sekarang ni macam paranoid je, sikitsikit pegang kat bawah tu.. cek-cek ada air tak. Haha mana la tahu air ketuban pecah ke.. Oh ye, kalau selalu sgt terkencing pun not good okay, kot-kot sebenarnya water bag leaking. Hish! Menakutkan T_T
Btw, ada lagi few stuff nak beli. Tapi mcm taktahu nak beli kat mana :s Haha padahal berlambak je kedai barang-barang baby kan :p Bath tub and tungku. Kalau tungku tu, family aku memang tak pernah ada :p Haha taktahu nak cakap, maybe mak aku jenis moden kot? Tapi aku mcm nak try tungku letrik tu, senang nak guna kan compare yg batu. Harga pun takdela mahal.
Oh ye, semalam lepas makan tu, pergi la Tesco. Taktahu kenapa Wan nak pergi Tesco, so ikutjela. Padahal takde beli apa-apa pun. And baru aku tahu, kat tesco pun ada jual barang-barang baby. Haha. Mana la aku tahu sebelum ni. Aku ingat teso jual barang-barang dapur je :p So aku pun tengok-tengok, ada la bathtub ni, cap BabyLove.. Tapi tinggal kaler tak cun, so taknak beli. Huahua. Hari tu kat Jusco ada kaler biru/pink. Tapi time tu rasa mcm taknak beli. But now rasa nak beli? Hihi. Mengadaaaa. $_$
And aku tengok-tengok jugak la harga diapers. Ada banyak brand kan? Pening je kalau nak pilih. Barang yg murah tak semestinya tak elok :/ Tapi since aku dah beli Mamypoko and Huggies, so cukup la dua pack untuk sementara waktu. Tapi kannnnn, aku rasa bontot/kulit baby kan sensitif so better guna yang ada kualiti sikit. Nanti bila bontot tu besar, kulit okay, time tu dah boleh tukar pakai diapers cap Tesco/Giant ke apa kan :p Hihi. *ekonomi*. Bila fikir-fikir balik, aku bukan kerja pun kan, kalau nak pakai yg cap-cap biasa ni, okay je kot? Sebab anak tu kita monitor selalu, kalau agak-agak dah penuh ke apa, tukar la. Lain la kalau hantar anak ke nursery ke apa, tu yg kesian sampai ruam/gatal and so on kalau guna yg takde kualiti sgt.. Tapi apa-apa pun, nak jimat pakai la lampin /cloth diapers kan? :p Haha nama aku nak guna? Memang takla. Sebab aku ni pemalasssssss nak membasuh menyental semua. Plus cloth diaper takde dalam senarai list barang baby. And lampin pun beli sedozen sekadar buat syarat gitu.
Penat dah taip-taip. Perut berdangdut. Belum makan :'( Pemalas masak Cuma makan goreng pisang, keropok losong and air kelapa. Hehe. Apa lah nak jadi. :s
2 comments:
eh kita paranoid jugak la...asik la check panties..perut pun megeras gak naik senak..risau...dup dap jek...btw pampers baby born kita beli jenis hey baby je..sbb mak kita advice beli murah dulu baby baru lahir cepat berak...so nanti dah besar sikit pakai la yang elok sikit maybe petpet kot
same lah.. sbb tertanya2 adekah aku dah nak bersalin.. haha
Post a Comment