img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, February 23, 2012

Ayra lagi.

Hari ni genap 4minggu! Rasa macam sekejap je. Haha. Konon, padahal rasa macam dah nak mati kebosanan duduk rumah. :p Hari-hari buat aktiviti yang sama je :/ Kadang-kadang aku rasa Ayra ni macam anak patung je, baby alive tu. Haha. Mandikan, bagi susu, tukar diapers, dodoidodoikan and lepastu dia tidur. Time dia tidur la aku baru boleh nak buat aktiviti aku. 


Sekarang ni. pagi-pagi sebelum Wan pergi kerja, time Wan mandi tu, sure Ayra akan terjaga. Takpun kalau Wan kiss dia before pergi kerja, lepastu mesti dia akan terbuntang je bijik mata. Haha. Apasal ntah? Papa busuk eh Ayra? :p Time tu aku akan bagi susu, tukar diapers and dalam pukul 9 ke 10 dia akan terjaga lagi. Haih! Time ni kalau terjaga, mata aku memang mengantuk ya amattt. Hahaha. Bangun sambil membebel-bebel. Biarkan Ayra main sendiri, and aku pergi mandi. Kalau dia merengek-rengek, intai dia. Gila tak fokus nak mandi :'( Hahaha. Lepas aku mandi, kalau dia macam mengantuk, tidur kan je. Kalau tak, mandikan dia, lepas mandi dia akan tidur lagi. Nice. Selalunya lepas mandikan, dia akan tidur lama. Tapi makesure kena bagi dia kenyang-kenyang dulu. Time ni bolehla nak makan ke, online ke, sambung tidur ke apa. Tapi selalunya aku online je. Haha. Gila lama online, sampai mata mengantuk, and baru nak lelap, eh bangun lak minah ni. Haha stress! 


Petang lak, tengok tv cite indon, lepastu tengok bella, sambung lak cite pilipin. Hahahaha. And sedar-sedar eh dah pukul 5? Dalam 6 lebih Wan and Mama balik kerja. Aku mandi petang lak. Haha. Gila lambat mandi petang. Kalau bagitau mak aku, mak aku marah mandi time maghrib2 ni. Haha. Acane time tu baru la boleh mandi dengan fokus :p Lepas mandi makan.. tengokla kalau Ayra terjaga, main la dengan dia. Kalau tidur, aku buatla apa aku nak. Tapi selalunya tak kira la Ayra tidur ke terjaga, aku tetap kat sebelah dia. Hahahaa. Kan aku cakap, anak mengeliat pun aku dah over. Huahuahua.


And benda ni hari-hari berulang. Kadang-kadang tu memang penat sangat. Rasa nak memarah je, haha. Tapi aku ni kan penyabar :p And bila tengok ayra tersengih terus tak jadi nak marah. Hahaha. Budak tu mengada tau, kalau aku nak bangun ke mana-mana, dia boleh tahu. Dia boleh jeling-jeling padahal tengah tidur. Dia boleh bau kot. Aku kan, time Ayra tidur suka gelakkan dia. Haha gila kejam. :p Aku rasa Ayra sangat lawak dengan rambut botak. Huahuahua! Yang Wan lagi lah, over suka tunjuk gambar Ayra yang macam alien :p Hahahahahahaha! Time aku nak tidur, tetiba dia sua ipone kat aku, memang tak boleh nak control gelak :/ Haha. Jahat gila kan makbapak kau ni Ayra :s Tapi biasalah baby, muka memang pelik sikit, nanti lama-lama barula berubah. Ni pun, muka time lepas lahir and sekarang dah lain. Tang pipi tembam je sama. 


Hah! Baju-baju pun dah senonoh sikit kalau di pakai. Kalau dulu, baju semua macam pinjam baju raksaksa je. Haha. Huggies Newborn tu pun dah macam tak muat. Tapi ada lagii dua bungkus tak bukak ;/ Acaneee? Dulu konon nak tukar diapers jenama lain, tapi dah dorang belikan Huggies.. pakai jela. Walaupun aku tak suka sebab asyik nak kena tukar je.. dalam 5jam sekali. Padahal normal la tu kena tukar mcm tu dah si Ayra pun kuat minum. :p Huahua. Btw, so far okay lah, takde ruam ke apa bontot dia. Cuma tulaa aku pemalas la nak tukar-tukar ni. Hahahahha. Ada tak lampin pakai buang yang boleh bertahan 24jam?? 


Alamak! Aku tertekan music kat bouncer si kenit ni. Adoi! Dahla dia tengah tidur. Arghhhh! Stress :p Nak kena tunggu seploh minit baru stop. Haha. Bouncer dahla kaler pink. Girlyyyyy sangat ;p kalau dapat adik lelaki nanti dah jadi sutun lak. Huahua. Hari tu suruh Wan beli puting, dia pun beli kaler pink jugak. Aku tanya kenapa pink? Dia jawab sebab girl kan. Puting cenonet tu pun ada sampai harga rm40 ke berapa ntah Wan cakap hari tu. Hish~ mahal nau. boleh dapat baju sehelai :/ Tapi aku pernah  terbaca, puting yg mahal boleh mengelakkan anak jadi halimah jongang nanti. Oooo begitu ;s







No comments:

.